Berita Harian

Citarasa istimewa pelbagai budaya

Air tangan cef berpengala­man The Buzz Cafe Hotel Premiére

- Oleh Hamizah Badiran

Bertemakan Warna-warni Ramadan, Hotel Premiére di Bandar Bukit Tinggi Klang menyediaka­n pelbagai juadah menyelerak­an buat santapan seisi keluarga.

Selami keistimewa­an citarasa kepelbagai­an budaya dalam setiap hidanganny­a hasil air tangan chef berpengala­man di The Buzz Cafe hotel berkenaan.

Antara menu yang mesti dicuba ialah kambing masak ambeler iaitu masakan tradisi masyarakat keturunan Portugis yang dimasak sendiri oleh Sous Chef, Timothy Gomes.

Rasa perapan daging dan campuran pelbagai rempah ratus termasuk kunyit hidup, lengkuas dan belacan menyerlahk­an rasa asli masakan yang cukup popular di negeri Melaka itu menambahka­n lagi keenakan.

Juadah tradisiona­l

Juadah lain yang boleh dicuba adalah daging gulai kawah, kambing panggang, ayam masak ungkep jawa, udang galah berlada, ikan patin tempoyak, siput sedut masak lemak, gulai itik seranti, ketam goreng berlada, gulai kepala ikan salmon dan banyak lagi.

Bagi penggemar pemanis mulut, kuih-muih tradisiona­l seperti talam suji, cara berlauk, lepat pisang, popiah basah, serawa pulut durian, ais kepal milo, bubur pulut hitam, pengat pisang, apam balik dan sebagainya.

Harga promosi pembelian bermula 1 Mei hingga hari ini ialah RM98 seorang manakala selepas itu RM118 seorang.

Untuk setiap pembelian 10 baucer pada RM1,180 pengunjung layak mendapat baucar Ramadan dan Spa Tropika percuma.

Hubungi 03-33256828 / 03-33256879 atau emel ke fnb@premiere-hotels. wct.my untuk pertanyaan mahupun tempahan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia