Berita Harian

Berputih mata rumah diserang anai-anai

Kediaman RM500,000 rosak teruk, atap, dinding reput

- Oleh Faris Fuad

Seramai 40 pemilik rumah berputih mata. Itu nasib mereka selepas rumah yang dibeli di Taman Kesuma, Beranang dekat sini, dimakan anai-anai sejak akhir 2016.

Wakil pemilik rumah, L Francis Xavier, 29, berkata 80 peratus struktur rumah terbabit rosak teruk dengan sebahagian besar atap dan dinding reput.

Katanya, rata-rata penduduk membeli rumah itu dengan harga lingkungan RM500,000 hingga RM600,000 dengan jangkaan penduduk mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

“Kita membuat aduan kepada pemaju, namun mereka menuding jari kepada Majlis Perbandara­n Kajang (MPKJ) yang kemudian menuding jari kepada pemaju.

Pasang perangkap anai-anai

“Dengan rasa terkilan, beberapa penduduk mengambil inisiatif sendiri memasang perangkap anaianai selama beberapa bulan, namun tidak berjaya.

“Ia mungkin berpunca daripada keadaan struktur bawah tanah didiami penduduk di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui wartawan NSTP, baru-baru ini.

Berikutan itu, Francis membuat laporan di Balai Polis Beranang pada 23 Mei lalu dan berharap siasatan dilakukan segera, sekali gus membolehka­n mangsa membuat tuntutan di mahkamah.

“Pada masa sama, saya sudah hubungi pegawai Menteri Besar Selangor untuk berjumpa dengan beliau bagi menerangka­n masalah penduduk,” katanya.

Tak mahu bertanggun­gjawab

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

“Mengikut laporan, pihak pemaju didakwa tidak mahu bertanggun­gjawab di atas ‘serangan’ anaianai. Penduduk buat laporan untuk dirujuk kes terbabit ke mahkamah bagi mendapatka­n ganti rugi. Setakat ini, kita terima satu laporan sahaja,” katanya.

 ??  ?? Keadaan rumah penduduk yang rosak teruk akibat diserang anai-anai di Taman Kesuma, Beranang.
Keadaan rumah penduduk yang rosak teruk akibat diserang anai-anai di Taman Kesuma, Beranang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia