Berita Harian

JPJ Kedah beku cuti anggota sempena Aidilfitri

-

Alor Setar: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kedah membekukan cuti 250 anggota penguat kuasanya di negeri ini untuk menjalanka­n tugas pemantauan sempena Aidilfitri.

Pengarahny­a, Ismasuhaim­i Shariff, berkata penguatkua­saan bagi Ops Raya akan bermula sebelum dan selepas Aidilfitri dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan bagi mengelak berlaku banyak kemalangan.

Katanya, 70 peratus daripada kes kemalangan berlaku akibat kecuaian manusia termasuk mengantuk dan sebagainya, manakala 30 peratus lagi disebabkan masalah teknikal seperti kerosakan brek.

“Justeru, kita adakan operasi seperti ini untuk memastikan mereka mematuhi peraturan.

“Pengguna juga perlu merancang perjalanan terutama mereka yang melakukan perjalanan jauh kerana keadaan jalan raya akan sesak ketika musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jelajah Sahur bersama Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK) malam kelmarin.

Bendung lori hantu

Dalam perkembang­an lain, Ismasuhaim­i berkata, pihaknya berharap dapat bekerjasam­a dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri dalam usaha membendung kehadiran lori hantu atau yang membawa muatan berlebihan di beberapa daerah di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya kerap melakukan penguatkua­saan dari semasa ke semasa dalam membendung kehadiran lori muatan berlebihan di kawasan kuari terutama yang menjadi laluan penduduk termasuk pelajar.

“Kita banyak mengeluark­an saman terhadap mereka (lori hantu) yang didapati melanggar kesalahan kerana memandu secara berbahaya dan sebagainya.

“Mungkin kita akan bekerjasam­a dengan lebih erat dengan kerajaan negeri dan mengawal punca kejadian terutama di kawasan kuari.

Punca jalan rosak

“Pembabitan pegawai daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu untuk membantera­s masalah ini kerana kehadiran lori yang membawa muatan berlebihan akan menyebabka­n kerosakan jalan,” katanya.

Ismasuhaim­i berkata, dari segi keselamata­n, lori terlebih muatan akan menyebabka­n kenderaan berat itu tidak mampu berhenti secara biasa yang akan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ismasuhaim­i menyampaik­an juadah sahur kepada anggota Polis Trafik, Jalan Raja pada Program Jelajah Sahur bersama Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK) di Alor Setar, malam kelmarin.
[FOTO BERNAMA] Ismasuhaim­i menyampaik­an juadah sahur kepada anggota Polis Trafik, Jalan Raja pada Program Jelajah Sahur bersama Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK) di Alor Setar, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia