Berita Harian

Aktiviti korek pasir jejas ketenteram­an

Pengusaha kuari didakwa tak endah keselamata­n, kebajikan penduduk

- Oleh Safuri Kamarudin

Lebih 100 penduduk Kampung Binjul Dalam berdekatan Sungai Ketil, kecewa dengan sikap pengusaha aktiviti mengorek pasir di kuari Kampung Besah yang didakwa tidak memikirkan keselamata­n dan kebajikan penduduk.

Penduduk mendakwa pengusaha menjalanka­n aktiviti pengorekan pasir pada waktu siang tetapi mengangkut keluar ke kilang lewat tengah malam.

Mereka turut mendakwa lori yang keluar masuk sejak awal tahun ini melalui kawasan perumahan, turut mengancam keselamata­n penduduk.

Penduduk, Ahmad Hashim, 64, berkata pengusaha mengorek pasir waktu siang di kuari kira-kira satu kilometer dari rumah penduduk.

Katanya, apabila lewat tengah malam, lebih 10 lori akan masuk dan membawa keluar pasir sehingga mengganggu ketenteram­an penduduk.

Bunyi enjin lori kuat

“Setiap malam mesti terjaga kerana bunyi enjin lori yang kuat melalui rumah. Kalau sebuah tidak mengapa tetapi lebih 10 lori melalui kawasan berhampira­n rumah ketika kami sedang tidur,” katanya.

Rokiah Ismail, 61, pula berkata setiap kali lori melintasi rumah pada lewat malam beliau akan terjaga dan sukar melelapkan mata.

“Saya hairan mengapa pasir itu diangkut keluar pada waktu malam kerana setahu saya permit dikeluarka­n hanya pada waktu siang saja sehingga jam 6 petang,” katanya yang turut mendakwa tanaman di tepi tebing sungai turut terjejas akibat kerakusan mengorek pasir di kawasan itu.

Mohd Zailani Othman, 48, berkata beliau tidak boleh menerima jawapan pengusaha yang mendakwa permit membawa keluar pasir hanya pada waktu malam.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa melihat perkara berkenaan dan menangani masalah yang berlaku.

Sementara itu, Pegawai Daerah Baling, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman, berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan penduduk itu.

Katanya, permit tidak dikeluarka­n untuk membawa keluar pasir pada waktu malam dan peraturan jelas menetapkan aktiviti berkenaan hanya dibenarkan pada waktu siang.

“Kita akan siasat. Jika melanggar syarat, pengusaha terbabit akan di ambil tindakan,” katanya.

 ?? [FOTO SAFURI KAMARUDDIN/BH] ?? Pengusaha kuari Kampung Besah, Baling didakwa menjalanka­n aktiviti pengorekan pasir pada waktu siang tetapi mengangkut keluar ke kilang pada lewat tengah malam hingga mengganggu penduduk.
[FOTO SAFURI KAMARUDDIN/BH] Pengusaha kuari Kampung Besah, Baling didakwa menjalanka­n aktiviti pengorekan pasir pada waktu siang tetapi mengangkut keluar ke kilang pada lewat tengah malam hingga mengganggu penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia