Berita Harian

Buang rasa kekok

Bernikah sebulan lalu, Dynas dan suami manfaat Ramadan perkukuh silaturahi­m keluarga

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Sebelum ini, saya memang tak pernah masuk dapur. Tetapi, selepas hidup sebagai ibu tunggal, saya belajar memasak dan dia (Syazrik) beruntung dapat merasa air tangan saya” Dynas

Kali kedua melayari bahtera perkahwina­n, mengajar Dynas Mokhtar memainkan peranan lebih besar sebagai isteri dan ibu. Selepas empat tahu menyendiri dengan ditemani anak-anak, kehadiran lelaki bergelar suami bagai memberi sinar baharu dalam kehidupan pelakon jelita ini.

Mengakui tidak pernah belajar memasak ketika perkahwina­n pertama, kehadiran Syazrik Din, 36, dianggap bertuah kerana dia sudah mampu menyediaka­n juadah buat suami tercinta.

Kehadiran Ramadan dianggap titik permulaan untuknya lebih fokus dalam menjalanka­n tugas sebagai isteri. Ini termasuk daripada soal penyediaan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anaknya, Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.

“Sebelum ini, saya memang tak pernah masuk dapur. Tetapi, selepas hidup sebagai ibu tunggal, saya belajar memasak dan dia (Syazrik) beruntung dapat merasa air tangan saya.

“Rasa seronok dapat masak untuk suami dan tengok dia makan masakan kita. Tambah pula selepas berumah tangga, suami lebih suka duduk rumah berbanding ketika kami sedang bercinta,” katanya.

Dynas dan Syazrik bernikah di Shah Alam, Selangor pada 21 April lalu.

Melihat perubahan diri suaminya itu, Dynas mengaku rasa pelik.

Namun, pelakon berusia 35 tahun itu menganggap ia perubahan yang bagus bagi merapatkan lagi ikatan kekeluarga­an selain meluangkan masa bersama.

Dynas juga tidak mahu terlalu membiasaka­n membawa anak-anaknya bersiar-siar tanpa tujuan.

“Sebelum berkahwin, setiap hujung minggu, Syazrik mesti datang rumah untuk membawa saya dan anak-anak melakukan aktiviti seperti menonton wayang dan bersiar-siar.

“Selepas berkahwin, anakanak pelik tengok perubahan suami yang lebih selesa duduk rumah. Suami lebih suka melanggan filem di TV untuk menonton bersama-sama,” katanya.

 ??  ?? Bernikah sebulan lalu, Dynas dan suami masih diraikan sanak saudara sejak awal Ramadan.
Bernikah sebulan lalu, Dynas dan suami masih diraikan sanak saudara sejak awal Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia