Berita Harian

Teringin timang anak

-

Dynas yang ditemui pada majlis iftar Celepets yang meraikan 24 keluarga asnaf di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, bagaimanap­un mengaku agak janggal memulakan kehidupan berumah tangga.

Kekok selepas sekian lama hidup sebagai ibu tunggal, bintang drama Susuk itu menganggap dirinya tidak lagi bosan dan menempuh pelbagai ujian ketika hidup sendirian.

“Sebelum ini, hendak tempuh ke alam solo itu rasa agak janggal sebab sudah biasa ada teman.

“Tetapi selepas seronok hidup sendirian, hendak mulakan sekali lagi hidup berumah tangga rasa kekok. Namun, kalau saya sudah tidak ada di dunia ini kelak, hidup saya tak bosan sebab dapat rasa naik turun dalam kehidupan,” katanya.

Dynas berkata, dia dan suami masih dalam peringkat diraikan keluarga berikutan baru sebulan diijabkabu­lkan.

“Jadi, saya hanya sempat memasak nasi goreng cili padi saja untuk suami bersahur. Banyak undangan berbuka puasa oleh sanak-saudara, jadi baru sekali saya sempat menyediaka­n sahur untuk suami,” katanya.

Serah Tuhan soal zuriat

Mengosongk­an jadual lakonan sepanjang Ramadan, apatah lagi masih banyak drama yang dibintangi, belum ditayangka­n, Dynas sibuk dengan tawaran iklan atau komersial untuk siaran televisyen (TV).

“Masa zaman dia muda, suami kerap terbabit dengan komersial. Apabila mendapat tawaran buat komersial seisi keluarga, tak kekok sebab masing-masing sudah ada pengalaman,” katanya.

Mengenai zuriat, Dynas berkata: “Memang ada hasrat untuk ada anak, tetapi kami tidak merancang dan kalau ada rezeki, kami terima.

“Kami tak mahu tertekan untuk ada anak sebab saya sendiri sudah ada cahaya mata, namun kami tetap berusaha ke arah itu,” katanya yang akan muncul dengan drama Inai Yang Hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia