Berita Harian

Usah hina kalau tak mampu

-

Mengenai dirinya yang dikatakan sudah tidak ‘laku’ atau menjadi rebutan pengarah, Que bersyukur, Allah masih mengurniak­an rezeki untuk dia dan keluarga melalui perniagaan. Tambah Que, sejak tujuh tahun lalu, dia menjual pakaian rekaan eksklusif dan terhad di sebuah pusat beli-belah di Bangsar sepanjang Ramadan.

“Tahun ini, saya terfikir untuk meluaskan perniagaan dengan membuka sebuah lagi gerai di Plaza Angsana, Johor Bahru. Ini kerana saya ada pelanggan dari Johor dan Singapura.

“Hakikatnya, tidak perlu hina kalau tidak berkemampu­an. Kalau ikhlas ingin menyokong, tidak semestinya dia membeli apa yang saya jual.

“Ada pelbagai cara lain untuk menunjukka­n sokongan,” katanya.

Cari karya terbaik

Que menjelaska­n, dia bukan sombong atau meninggi diri apabila melepaskan pelbagai tawaran berlakon.

Hakikatnya, semua itu dilakukan kerana ingin mencari kepuasan sebagai anak seni.

Que berkata, dia tidak pernah berhenti berlakon, sebaliknya sentiasa mencari kelainan kerana mengutamak­an kepuasan dalam berkarya.

“Hanya orang yang terdekat dan mereka yang berada dalam industri tahu berapa banyak tawaran lakonan yang saya tolak demi mencari kepuasan diri.

“Bukan bermaksud saya menyombong atau meninggi diri, sebaliknya saya sentiasa mencari (karya bermutu),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia