Berita Harian

‘Terpulang kepada penerbit’

Lebih dua tahun terperap, Aaron masih menanti tayangan filem kedua arahannya Sayu Yang Syukur

- Oleh Hanisah Selamat

Datuk Aaron Aziz menyerahka­n kepada penerbit Sayu Yang Syukur (SYS) memilih tarikh tayangan yang sesuai selepas filem arahannya itu masih terperap biarpun sudah lebih dua tahun siap.

Aaron berkata, sebagai pengarah, dia sudah melaksanak­an tanggungja­wab sebaik mungkin, namun terpulang kepada syarikat produksi untuk menentukan soal promosi dan pengedaran filem terbabit.

“Setakat yang saya tahu, segalagala­nya sudah siap termasuk lagu latar. Jika diikutkan, penggambar­an sudah selesai pada Julai 2015. Apa pun perkara ini (soal tarikh tayangan) adalah hak penerbit.

“Mungkin mereka masih mencari tarikh paling sesuai. Saya belum tahu status tarikh tayanganny­a. Pasti kami akan beritahu apabila sudah tiba giliran SYS ditayangka­n di pawagam.

“Sebagai orang yang diberi amanah, saya bersyukur urusan penggambar­an lancar kerana semua pelakon dan kru memberikan kerjasama,” katanya mengulas mengenai nasib filem arahannya itu.

Menerusi filem cinta tragik itu, Aaron yang turut menggalas watak utama sebagai lelaki kaya bernama Que Daim, berganding dengan Nora Danish yang menghidupk­an Aaron berasal dari Singapura.

Mula terjun dalam bidang lakonan di Malaysia pada 2004.

Drama yang mula menyerlahk­an nama Aaron adalah Summaiyah dan Haryati 2.

Mengecap populariti selepas usia mencecah 31 tahun.

Mula bergelar sutradara selepas lebih 10 tahun berlakon.

Berkahwin dengan Datin Diyana Halik dan dikurniaka­n tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 13, Dwi Ariana, 11, dan Dahlia Arissa, 7. watak Nurliana.

Seronok berniaga bersama keluarga

Menyentuh mengenai kehadiran Ramadan, Aaron mengaku rutinnya sama seperti tahun lalu apabila tidak mengambil tawaran berlakon.

Sepanjang bulan ini, Aaron lebih memberi fokus kepada ibadat dan perniagaan.

“Alhamdulil­lah, sambutan terhadap produk keluaran saya dan isteri diterima pelanggan. Tahun ini, kami menjual sampin, madu dan makanan.

“Jika diikutkan memang tak cukup tangan kerana kami ‘turun padang’ ke bazar tertentu. Selain menambah pendapatan, saya seronok dapat bertemu peminat yang tak putusputus memberi semangat,” katanya.

Pada masa sama, tambahnya, aktiviti berniaga lebih memberi kepuasan kerana dapat menghabisk­an masa bersama keluarga terutama tiga cahaya mata yang makin membesar.

Andai beberapa tahun lalu kesibukan Aaron lebih kepada tugas di set penggambar­an, kerjaya seni yang diperlahan­kan sepanjang Ramadan membolehka­nnya berbuka dan bersahur bersama isteri dan anakanak.

“Ketika mereka kecil, kami pernah terpisah jauh kerana jadual saya padat di Malaysia. Anakanak pula bersekolah di Singapura. Jadi, kami jarang dapat berbuka dan ber sahur bersama.

“Sekarang, selepas keluarga ada di sisi, saya dan isteri semakin menghargai masa bersama anakanak. Tambahan pula masingmasi­ng sudah berpuasa penuh,” ulas Aaron lagi.

Didik anak ikhlas berpuasa

Mengenai tip mengasuh anakanak berpuasa, Aaron berkata, dia dan isteri tidak mempraktik­kan amalan memberi ganjaran sebagai usaha menggalakk­an mereka berpuasa penuh.

Tegasnya, sejak awal lagi, dia sentiasa mengingatk­an anakanak tujuan sebenar ibadat puasa selain keberkatan yang lebih berganda andai dilaksanak­an kerana Allah.

“Budakbudak akan cepat faham kalau kita mendidik dan memberi kefahaman kepada mereka mengenai sesuatu perkara sejak kecil. Macam anakanak saya, mereka nampaknya berpuasa tanpa ganjaran.

“Saya tak pernah tawarkan duit raya lebih atau hadiah lain kalau mereka berpuasa penuh. Sejak usia tujuh tahun lagi mereka diajar berpuasa.

“Kami kerap mengingatk­an anakanak soal ganjaran berbuat sesuatu dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan perkara lain,” tambah bapa penyayang itu.

Hasil perkongsia­n hidup dengan isteri, Datin Diyana Halik, mereka dikurniaka­n tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 13, Dwi Ariana, 11, dan Dahlia Arissa, 7.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? v
v
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia