Berita Harian

Kod rahsia mampu tingkat keselamata­n kanak-kanak

Ibu bapa perlu didik anak langkah elak jenayah, jauhi individu tak dikenali

- Oleh Hidayah Mohammad hid_mohd@bh.com.my ̌ Kuala Lumpur

Penggunaan kod rahsia dalam kalangan ibu bapa bersama anak adalah antara kaedah terbaik menangani masalah penculikan dalam kalangan kanak-kanak yang sering menemui jalan buntu hingga sukar ditangani.

Perunding psikologi, Puveshini Rao, berkata wajar ibu bapa menggunaka­n perkataan khas bagi memastikan hanya mereka sekeluarga mengetahui­nya.

Penggunaan frasa selamat menggunaka­n perkataan tertentu kata beliau, dikenal pasti sebagai kaedah terbaik bagi memastikan keselamata­n anak-anak terjamin.

Kod rahsia berkenaan katanya, hanya boleh diketahui dalam kalangan ahli keluarga supaya anak lebih berwaspada ketika berhadapan individu tidak dikenali. Frasa keselamata­n itu juga penting bagi mengelakka­n anak berada dalam situasi bahaya terutama kes penculikan.

“Ajar anak frasa selamat yang mana hanya antara ahli keluarga mengetahui jawapannya. Apabila menghantar mereka ke sekolah, sebut berulang-ulang kali frasa atau kod rahsia supaya anak tidak lupa ketika menjemput mereka pulang sekolah.

“Apabila anak didekati orang tidak dikenali yang menawar untuk menghantar anak pulang, pastikan mereka bertanya frasa yang sering digunakan ibu bapa. Kod rahsia itu juga membantu menangani jenayah lain,” katanya.

Situasi berubah

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincang­an mengenai isu keselamata­n anak-anak bertajuk Strangers Dangers di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini, baru-baru ini.

Puveshini berkata, dunia sekarang tidak seperti sebelum ini, situasi berubah hubungan dengan orang tidak dikenali mendatangk­an risiko kejadian tidak diingini.

“Hubungan dengan orang tidak dikenali berubah, malah lebih buruk apabila situasi itu berlaku dalam kalangan individu yang boleh dipercayai. Orang yang sepatutnya kita letakkan sepenuh kepercayaa­n dan berasa selamat juga mungkin ada niat serong terhadap anak-anak kita.

Jadi, kita tidak boleh menganggap orang tidak dikenali saja bahaya kerana dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan kawan rapat juga berisiko menjadi ‘pemangsa’.

“Ini adalah situasi bahaya yang sukar dikesan. Ibu bapa dan penjaga seharusnya peka dan menjalanka­n tanggung jawab terbaik bagi memelihara keselamata­n anak dengan mengambil berat mengenai orang dewasa di sekeliling hidup mereka,“katanya.

Mengulas isu berkaitan, Pengetua Prasekolah Safari Kid Internatio­nal, Jigna Doshi, berkata pihaknya berhasrat memperkasa­kan ibu bapa dan anak-anak mengenai isu keselamata­n ini.

Beliau berkata, bukan semua ahli keluarga rakan boleh dipercayai ketika bersama anak. Sebagai ibu bapa mereka perlu berhati-hati mengendali­kan situasi bagi membolehka­n anak selamat daripada sebarang kejadian tidak diingini.

“Cara terbaik mendidik anak kecil supaya lebih berhati-hati dengan orang sekeliling, walaupun individu yang dikenali dengan menerangka­n kepada mereka erti keselamata­n menerusi bahasa mudah difahami.

“Penerangan meliputi individu yang selamat didampingi dan situasi menunjukka­n keadaan selamat. Ajar anak cara menjauhkan diri daripada individu tidak dikenali adalah langkah bijak. Ini perlu dibimbing dari rumah,“katanya.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ?? Puveshini (kanan) ketika sesi perbincang­an mengenai isu keselamata­n anak-anak bertajuk ‘Strangers Dangers’ di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Kuala Lumpur.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] Puveshini (kanan) ketika sesi perbincang­an mengenai isu keselamata­n anak-anak bertajuk ‘Strangers Dangers’ di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia