Berita Harian

Maxis serah sumbangan RM60,000 untuk NKF

-

Kuala Lumpur: Prihatin akan nasib pesakit buah pinggang di negara ini, syarikat telekomuni­kasi terkemuka, Maxis menunaikan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang RM60,000 kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Sumbangan hasil kutipan daripada penyertaan 160 kakitangan Maxis yang mengambil bahagian pada Jogathon Amal Maxis di Taman Tasik Perdana, di sini barubaru ini.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Sumber Manusia dan Organisasi Maxis, Adzhar Ibrahim kepada Ketua Pegawai Eksekutif NKF, Chua Hong Wee.

Kutipan melebihi sasaran

Adzhar berkata, hidup di Maxis agak luar biasa, pihaknya mempunyai kakitangan yang sedia menyumbang­kan masa dalam aktiviti kebajikan. Mereka begitu bersemanga­t membantu mereka yang memerlukan.

“Kami berbangga kerana kutipan melebihi sasaran RM40,000. Diharapkan sumbangan ini membantu NKF yang seterusnya mewujudkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan buah pinggang,” katanya.

Jogathon Amal terbuka kepada semua kakitangan Maxis dan penyertaan dibahagika­n kepada tiga kategori jarak iaitu RM50 untuk lima kilometer (km), RM100 (10km) dan RM150 bagi 15km. Pelbagai aktiviti riadah disediakan antaranya tarian zumba.

Sementara itu, Chua berkata ketika ini terdapat seramai 40,000 pesakit buah pinggang di Malaysia dan jumlahnya meningkat 20 peratus setiap tahun.

“Matlamat NKF mendidik masyarakat mengenai kegagalan buah pinggang dan memberi nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan selepas pemeriksaa­n kesihatan.

“Ditambah pula kos dialisis tinggi, sudah pasti membebanka­n pesakit. Justeru, kami bergantung kepada sumbangan Maxis ini,” katanya.

Kami berbangga kerana kutipan melebihi sasaran RM40,000” Adzhar Ibrahim, Ketua Sumber Manusia dan Organisasi Maxis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia