Berita Harian

Kempen World #Quranhour pupuk nilai integriti, perpaduan

-

Kuala Lumpur: Pembudayaa­n dengan cara memahami, menghayati dan mengamalka­n segala yang terkandung dalam al-quran berupaya melahirkan penjawat awam yang berintegri­ti, mementingk­an aspek pengurusan masa dan berkeperib­adian mulia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi, berkata nilai positif itu penting dalam memacu kecemerlan­gan sesebuah organisasi dan menjamin kesejahter­aan negara.

“Kalam Allah SWT ini adalah petunjuk yang benar dan jelas untuk mendorong kita menjadi Muslim bertakwa. Justeru, LHDN buat julung kalinya menyertai kempen World #Quranhour bagi menyokong hasrat program meraikan detik turunnya al-quran pada bulan Ramadan,” katanya.

Beliau bersama 570 pegawai dan kakitangan LHDN sekitar Lembah Klang berhimpun dalam program Hasil #Quranhour yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutua­n, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Imam Masjid Wilayah Persekutua­n, Zamri Abdul Halim, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Husamuddin Yaacub dan Pengurus Ikatan Strategik dan Perhubunga­n Awam WUI, Nurhayati Nordin.

Majlis dimulakan dengan tadarus dan khatam al-quran, disusuli sesi tadabbur surah alHujurat, ayat satu hingga 18 oleh pendakwah, Mohammad Rozie Mohd Rejab.

Landasan perpaduan

Sementara itu, Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kuala Lumpur, Suraya Wen berkata, berkata pihaknya merancang untuk membawa #QuranHour ke komuniti Rukun Tetangga (RT) di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Beliau percaya, program sebegini mampu mendekatka­n masyarakat dengan al-quran, mengambil iktibar daripada ayatnya seterusnya membawa komuniti menghayati tugas dakwah.

“Kita sememangny­a mempunyai program Sayangi Komuniti yang lebih mengkhusus­kan kepada program seperti kebersihan, isu dadah dan masalah sosial lain. Tambahan, di RT kita ada bukan Islam, jadi program ini dapat mendedahka­n mereka kepada keindahan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi tadabbur Perpaduan #Quranhour bersama pegawai dan kakitangan JPNIN Kuala Lumpur yang turut dihadiri Ketua Unit Penyelidik­an WUI, Fazrul Ismail.

Fazrul berkata, tugas pegawai di JPNIN adalah tentera kepada wakil Allah SWT untuk menyatupad­ukan masyarakat dan mereka perlu berpegang kepada ajaran agama mengajak ke arah kebaikan.

 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] ?? Warga kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Lumpur, mendengar tazkirah yang disampaika­n Fazrul pada program sesi tadabbur Perpaduan #Quranhour bersama pegawai dan kakitangan JPNIN Kuala Lumpur.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] Warga kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Lumpur, mendengar tazkirah yang disampaika­n Fazrul pada program sesi tadabbur Perpaduan #Quranhour bersama pegawai dan kakitangan JPNIN Kuala Lumpur.
 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] ?? Mohd Nizom (tengah) turut serta dalam program Hasil #Quranhour di Masjid Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] Mohd Nizom (tengah) turut serta dalam program Hasil #Quranhour di Masjid Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia