Berita Harian

Segmen teras industri buku pulih

- Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my

Masih adakah harapan terhadap industri buku negara secara keseluruha­nnya apabila Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 yang berakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu mencatat kemerosota­n pengunjung berbanding tahun lalu?

Jujurnya ia perlu dijawab ya dan tidak. Ini kerana PBAKL meskipun dilihat sebagai antara penanda aras perkembang­an industri buku tanah air merosot dari segi jumlah pengunjung, beberapa segmen teras industri buku tempatan menunjukka­n perkembang­an yang baik.

Dalam hal ini, Pengarah

Urusan Kumpulan Media PTS, Arief Hakim Sani Rahmat, berkata secara keseluruha­n segmen agama menunjukka­n pemulihan yang jelas, berbanding tahun lalu.

“Ini segmen teras terbesar dalam pasaran runcit buku tempatan. Apabila segmen ini nampak pulih, ia memberi harapan baharu kepada industri buku tempatan,” katanya.

Tambah Arief Hakim yang juga Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), untuk PBAKL yang baru lalu juga menyaksika­n penerbit novel kembali aktif secara luar biasa.

Selain itu, segmen kanakkanak dan komik menunjukka­n perkembang­an paling besar. Keadaan ini katanya, memberi isyarat ada pemulihan pada pasaran teras runcit buku.

“Pembelian menggunaka­n Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) di PTS naik sekali ganda, tetapi secara relatifnya masih kecil.

“Kita boleh melihat kumpulan mahasiswa lebih ramai dan bersemanga­t di PBAKL tahun ini, terutamany­a bertumpu pada penerbit citra muda.

Pembaca masa depan

“Ini trend semasa yang sangat penting kerana mereka ini sebenarnya pembaca masa depan,” katanya.

Bagi Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd, kemerosota­n pengunjung pada PBAKL lalu tidak banyak meninggalk­an kesan kepada penerbitan berkenaan.

Pemiliknya, Datuk Wan Mohd Muzri Ramli, berkata PBAKL

2018 mencatat peningkata­n jualan, malah menyaksika­n peningkata­n jumlah pengunjung ke reruai mereka.

“Gabungan buah tangan novelis popular dan terkenal dengan kemunculan pelakon yang mempopular­kan watak daripada novel adaptasi seperti Izzue Islam serta Amyra Rosli ternyata menjadi,” katanya.

Malah kata Wan Mohd Muzri, peranan media massa juga membantu jualan produk Karyaseni misalnya publisiti yang diberikan kepada novel Pulang yang juga produk usaha sama dengan Primeworks.

Meskipun kekurangan penggunaan KDS1M, Wan Mohd Muzri berkata, ia tidak begitu dirasai kerana kewujudan KDS1M sebenarnya lebih terbuka dan tidak banyak membantu jualan buku.

“Penggunaan KDS1M membolehka­n pelajar membeli pelbagai barang lain selain buku berbanding baucer buku.

“Selalunya buku menjadi pilihan kedua mereka dari segi pembelian berlainan dengan baucer buku ketika ia mula diperkenal­kan dahulu yang mampu menyumbang hingga 35 peratus jualan,” katanya.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH ] ?? Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur di PWTC menjadi penanda aras perkembang­an industri buku Malaysia.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH ] Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur di PWTC menjadi penanda aras perkembang­an industri buku Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia