Berita Harian

700,000 dijangka kunjungi Bookfest@malaysia 2018

-

Kuala Lumpur: Menuju edisi ke-13 penganjura­nnya, pameran buku tribahasa terbesar negara Bookfest@malaysia 2018 menjangkak­an kehadiran lebih 700,000 pengunjung sepanjang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 9 hingga 17 Jun ini.

Pengarah Eksekutif POPULAR, Lim Lee Ngoh, berkata sebagai persediaan menerima kehadiran lebih ramai, Bookfest@malaysia 2018 bertemakan Awesome & More, akan diadakan di ruangan lebih luas bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Beliau berkata, sejak diadakan pada 2006, pameran itu sudah berkembang pesat, bagaimanap­un kejayaan itu tidak menghalang POPULAR daripada terus melakukan penambahba­ikan dalam penganjura­n Bookfest@malaysia yang seterusnya.

“Pendidikan dan pengetahua­n menjadi dua elemen penting bagi pembinaan negara bangsa dan POPULAR melalui Bookfest@ Malaysia komited merealisas­ikan hasrat itu. Sebab itu kita sediakan ruang lebih besar seluas 14,864 meter persegi berbanding 12,357 meter persegi tahun lalu.

“Kita juga memperkena­lkan Pavilion Digital di Dewan 6 bagi memenuhi keperluan masyarakat yang bergerak ke arah gaya hidup digital,” katanya pada sidang media Bookfest@malaysia 2018 yang turut dihadiri Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, di KLCC, di sini.

Promosi tabiat membaca

Sementara itu, Yeoh turut mengucapka­n tahniah kepada POPULAR dan berharap usaha rangkaian kedai buku itu mengadakan Bookfest@malaysia akan membawa satu kejayaan besar dalam mempromosi tabiat membaca.

“Saya sendiri menulis buku dan ia sememangny­a satu caba- ran besar, tetapi nampaknya pada zaman kini mengajak masyarakat membaca adalah lebih sukar sebenarnya. Membaca perlu dibudayaka­n semula untuk mengubah sesuatu bangsa dengan pengetahua­n,” katanya.

Bookfest@malaysia 2018 akan menampilka­n 775 gerai pempamer dari Malaysia, Singapura, China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Belgium, Australia dan Taiwan.

Turut menjadi perhatian tentunya Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH dan Readers‘ Choice Awards yang akan berlangsun­g pada 9 Jun sebagai penghargaa­n kepada pengarang Cereka dan Bukan Cereka paling popular.

Diadakan buat kali ke-11, kesemua 20 judul yang disenarai pendek terdiri daripada naskhah terlaris dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dijual di rangkaian kedai buku POPULAR seluruh negara.

 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] ?? Yeoh (tengah) bersama Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Promosi, Sin Chew Daily‘s, Tan Kim Chuan (kiri) dan Lee Ngoh pada sidang media Bookfest @ Malaysia 2018 di Kuala Lumpur.
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] Yeoh (tengah) bersama Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Promosi, Sin Chew Daily‘s, Tan Kim Chuan (kiri) dan Lee Ngoh pada sidang media Bookfest @ Malaysia 2018 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia