Berita Harian

Kakitangan agensi awam dibubar perlu diserap jabatan lain

- Tan Sri Lee Lam Thye Aktivis masyarakat

Keputusan Kabinet memotong 10 peratus gaji asas menteri amat dialu-alukan kerana ia menunjukka­n prinsip kepemimpin­an melalui teladan selaras harapan tinggi yang diletakkan rakyat ke atas mereka.

Selain permulaan yang baik bagi mesyuarat Kabinet yang pertama, pemotongan gaji juga tepat pada masanya untuk mengurangk­an perbelanja­an kerajaan dan membantu kewangan negara.

Selain itu, saya juga berharap kerajaan akan mengambil kira nasib kakitangan agensi atau badan yang akan dibubarkan dan kemungkina­n untuk mereka diserap oleh jabatan dan agensi lain.

Cari jalan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan sedang mencari jalan untuk mengurangk­an hutang negara yang berjumlah RM1 trilion, iaitu 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet pertama kerajaan, Dr Mahathir juga mengumumka­n pembubaran agensi ‘tidak perlu’ seperti Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Sebarang inisiatif kerajaan untuk mengurangk­an pembaziran dan menjimatka­n kos demi kepentinga­n rakyat mesti dipuji.

Saya turut menyokong langkah kerajaan untuk meletakkan SPAD di bawah Kementeria­n Pengangkut­an.

SPAD sewajarnya berada di bawah kementeria­n terbabit kerana aktivitiny­a juga berkaitan dengan pengangkut­an.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? SPAD yang dibubarkan dan diletakkan di bawah Kementeria­n Pengangkut­an adalah tindakan wajar.
[ FOTO HIASAN ] SPAD yang dibubarkan dan diletakkan di bawah Kementeria­n Pengangkut­an adalah tindakan wajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia