Berita Harian

Rejim Zionis cetus provokasi di Ramallah

13 cedera ditembak askar Israel cari suspek pembunuhan

-

Ramadan semakin suram di wilayah ditakluki Palestin susulan operasi terbaru tentera Israel yang berniat mencetus ketegangan berpanjang­an. Semalam, rejim Zionis itu menyerbu kem pelarian Palestin di Tebing Barat dalam usaha memburu suspek pembunuhan seorang anggotanya.

Puluhan tentera memecah masuk ke dalam Kem Pelarian Amari di Ramallah, awal pagi ini, menutup semua pintu keluar.

Sekurang-kurangnya 13 pelarian Palestin cedera ringan atau tahap sederhana ketika serbuan apabila pertempura­n ber- laku, menurut Kementeria­n Kesihatan Palestin, dengan tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru.

Penduduk berkata, sebilangan warga Palestin ditangkap, walaupun tiada pengesahan atau kenyataan daripada tentera.

Berundur dari kem

Tentera Israel, kemudian berundur dari kem berkenaan.

Serbuan dibuat beberapa hari selepas tentera Israel terbunuh ketika serbuan dalam kem itu.

Sarjan Ronen Lubarsky, 20, dari unit khas Duvdevan, terkena batu yang dilontar di kepalanya ketika serbuan, Khamis lalu dan meninggal dunia, awal kelmarin.

Media Israel melaporkan batu itu adalah bongkah granit yang dijatuhkan daripada tingkap di tingkat tiga.

Mereka yang bertanggun­gjawab tidak ditangkap ketika itu.

Tentera Israel kerap melakukan serbuan pada waktu malam di wilayah ditadbir Palestin di Tebing Barat untuk menangkap suspek yang dituduh melakukan aktiviti militan terhadap rejim.

 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Penduduk
Palestin bertindak balas melontar batu selepas pegawai polis sempadan Israel mencetus kekecohan ketika melancarka­n serbuan di kem pelarian al-amari di Ramallah, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Penduduk Palestin bertindak balas melontar batu selepas pegawai polis sempadan Israel mencetus kekecohan ketika melancarka­n serbuan di kem pelarian al-amari di Ramallah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia