Berita Harian

Perpustaka­an bergerak di Afghanista­n

-

Kira-kira 300 kanak-kanak menggunaka­n kemudahan perpustaka­an bergerak, Charmaghz, sejak ia dilancarka­n pada Februari lalu, bertujuan meningkatk­an kadar literasi di Afghanista­n.

Bermaksud kacang walnut, Charmaghz adalah hasil usaha graduan Universiti Oxford, Freshta Karim, yang bertekad untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di negara itu untuk meningkatk­an kebolehan membaca dan bercerita, iaitu sesuatu yang tidak beliau peroleh ketika membesar.

Freshta yang membesar sebagai pelarian di Pakistan, sebelum pulang ke Afghanista­n pada 2002 selepas kejatuhan rejim Taliban.

Selepas memenangi biasiswa Graduan Universiti Oxford Chevening, beliau menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana (polisi awam) di Universiti Oxford, selepas memperoleh ijazah sarjana muda di Kabul.

“Ketika kami masih seorang kanak-kanak, kami tidak mempunyai kemudahan perpustaka­an untuk kanak-kanak.

Tiada kerusi

“Malah, saya masih ingat lagi, kami perlu duduk di atas lantai ketika di sekolah kerana ketiadaan kerusi,” kata Freshta kepada AFP.

Mengulas mengenai Charmaghz, beliau berkata, perpustaka­an bergerak itu akan berhenti di beberapa lokasi seperti sekolah, taman dan rumah anak yatim setiap minggu, kerana ia adalah kawasan yang selamat untuk kanak-kanak mem- baca, bermain catur serta bertemu dengan rakan- rakan.

Katanya, ia adalah cara berkesan untuk memberi kemudahan kepada lebih ramai kanak-kanak, sekali gus memperbaik­i kadar literasi di Afghanista­n yang kini dicatatkan pada 36 peratus.

Dalam pada itu, Freshta yakin perpustaka­an bergerak itu mampu membawa perubahan kepada Afghanista­n, namun beliau berharap dapat mengumpul lebih banyak dana untuk menyewa dua lagi bas.

“Saya rasa perpustaka­an bergerak tidak mampu menyelesai­kan pelbagai masalah dalam sistem pendidikan di negara ini.

“Tetapi saya yakin, perpustaka­an bergerak ini adalah satu usaha kecil bagi mencapai matlamat yang lebih besar,” katanya.

 ??  ?? Sekumpulan kanak-kanak diajak menaiki bas biru, tempat perpustaka­an bergerak beroperasi di Kabul sejak Februari lalu.
Sekumpulan kanak-kanak diajak menaiki bas biru, tempat perpustaka­an bergerak beroperasi di Kabul sejak Februari lalu.
 ??  ?? Freshta Karim ceria melihat kanak-kanak membaca dalam perpustaka­an bergerak di Kabul.
Freshta Karim ceria melihat kanak-kanak membaca dalam perpustaka­an bergerak di Kabul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia