Berita Harian

Kumpulan BTS ungguli carta di AS

-

Seoul: BTS terus mencetus fenomena apabila gah muncul kumpulan K-pop pertama mengunggul­i carta album Amerika Syarikat (AS), sekali gus meneruskan pengaruh perkembang­an genre itu pada peringkat global.

Kumpulan itu merakamkan peristiwa penting selepas menduduki tangga pertama carta muzik Billboard 200 menerusi jualan album, muat turun lagu dan penstriman.

Terkenal dengan penampilan yang menarik, potongan rambut dan gerak tarian yang direka teliti, kumpulan itu kini menjadi antara ‘produk eksport’ muzik Korea Selatan paling terkenal serta menguntung­kan.

“Ia adalah kali pertama bagi kumpulan yang mempunyai tujuh anggota dan yang pertama bagi album K-pop untuk menerajui carta ini,” kata Billboard dalam laporan dalam talian mengenai kedudukan carta terbaharun­ya.

Nafikan populariti

Kejayaan BTS itu, sudah pasti mengejutka­n pendengar muzik di barat, tetapi amat sukar untuk menafikan populariti kumpulan yang dianggotai oleh Suga, J-hope, Rap Monster, Jimin, V, Jungkook dan Jin.

Menurut analisis data, BTS adalah kumpulan menjadi fenomena di Twitter pada 2017, malah meraih dua kali ganda lebih daripada gabungan jumlah yang diperoleh oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan penyanyi yang berasal dari Kanada, Justin Bieber.

Malah, kumpulan itu turut mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Jepun, China, Asia Tenggara dan beberapa negara di Amerika Latin, sekali gus menjadikan mereka bintang pada peringkat global.

Album terbaharu mereka yang bertajuk ‘Love Yourself: Tear’ berjaya menewaskan album bintang hip hop, Post Malone bertajuk ‘Beerpong and Bentleys’, yang memaparkan imej bertatu, iaitu amat berlawanan dengan imej yang diketengah­kan oleh BTS, iaitu bersih dan kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia