Berita Harian

Rose setaraf Faldo di Jelajah Amerika

-

Los Angeles: Justin Rose terus ‘mengganas’, apabila mencatat lapan birdie untuk merakam enam di bawah par 64 bagi membolehka­nnya menjuarai golf Jemputan Fort Worth, mengatasi Brooks Koepka dengan tiga pukulan.

Menerusi gelaran Jelajah PGA AS kesembilan itu, Rose menyamai pencapaian Nick Faldo sebagai pemain Inggeris dengan gelaran terbanyak sejak Jelajah Amerika Syarikat (AS) mula menyimpan rekod pada 1983.

Mendahului empat pukulan sebelum pusingan itu juara Terbuka AS 2013, Rose tidak diberikan sebarang saingan apabila menjuarai gelaran Jelajah AS kedua musim ini dengan 20 di bawah par 260 keseluruha­n, kurang satu berbanding rekod kejohanan.

“Secara jujurnya, saya tidak mampu berkata apa-apa,” kata Rose yang mengakui cabaran minggu ini begitu sukar apabila berdepan cuaca panas Texas dengan suhu 38 darjah selsius.

Cabaran begitu sukar

Koepka, juara bertahan Terbuka AS yang berganding­an dengan Rose pada pusingan akhir di lapangan Colonial Country Club memulakan aksi dengan ketinggala­n empat pukulan, dan tujuh di bawah par 63 yang hanya membantuny­a menamatkan saingan di tangga kedua dengan 263 pukulan keseluruha­n.

Bagi kedua-dua pemain itu, prestasi yang ditunjukka­n lebih daripada memadai menjelang Terbuka AS 2018 yang bakal bermula di Shinnecock Hills 14 Jun ini.

“Saya mahu lebih yakin di green, bukankah kita juga mahukan sebegitu,” kata Rose mengenai peningkata­n spesifik yang mahu ditunjukka­n dalam permainan itu.

 ??  ?? Justin Rose
Justin Rose

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia