Berita Harian

Neymar belum cukup cergas

Masih kurang selesa, tetap rasa bimbang menjelang Piala Dunia

- Rio De Janeiro

Neymar mengumumka­n dia belum cergas 100 peratus selepas pembedahan tulang kaki kanan yang retak, namun penyerang Brazil itu sudah bersedia untuk beraksi mewakili negaranya pada Piala Dunia.

“Saya belum 100 peratus cergas. Hanya masa akan menentukan. Saya masih takut untuk memberikan segala-galanya namun masih ada beberapa hari sebelum bermula,” kata bintang Paris Saint-germain di ibu pejabat bola sepak Brazil di sini.

"Pastinya akan mengambil masa untuk kebimbanga­n ini hilang tetapi saya sudah bersedia untuk bermain. Tiada apa akan menghalang saya,” kata Neymar beberapa jam sebelum penerbanga­n ke London di mana pasukannya akan meneruskan persediaan ke Piala Dunia.

Pemain termahal

Pemain termahal dunia itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan pada perlawanan liga Perancis menentang Marseille 25 Februari lalu, namun Neymar dilihat berlatih sejak 10 hari lalu dan menyertai kem persediaan pasukan kebangsaan di Teresopoli­s, minggu ini.

“Secara fizikalnya, saya rasa baik. Kaki saya baik. Tentulah saya akan sesuaikan diri terhadap perkara tertentu. Saya rasa agak kurang selesa tetapi ia tidak akan menghalang daripada bermain,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu turut mengenang kembali pengalaman Piala Dunia 2014 di laman sendiri yang mengecewak­an, kecederaan belakang yang menyebabka­nnya tidak dapat beraksi dan menyebabka­n Brazil tewas 1-7 pada separuh akhir.

“Satu impian beraksi dalam satu lagi Piala Dunia, impian yang saya harap tidak akan diganggu lagi,” katanya.

 ??  ?? Neymar menjalani latihan di Rio de Janeiro, Brazil, menjelang Piala Dunia di Russia.
Neymar menjalani latihan di Rio de Janeiro, Brazil, menjelang Piala Dunia di Russia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia