Berita Harian

Karius terima ugutan bunuh

Penjaga gol Liverpool dikecam netizen isu kalah

-

Beberapa hari selepas dipersalah­kan kerana menjadi punca Liverpool tewas di final Liga Juara-juara, kini Loris Karius semakin tertekan kerana menerima ancaman termasuk ugutan bunuh.

Polis menjalanka­n siasatan apabila penjaga gol Liverpool itu dijadikan sasaran ancaman bunuh dan ugutan di media sosial, selepas dipersalah­kan ketika tewas kepada Real Madrid, Ahad lalu.

Karius bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas dua gol yang diraih Real ketika menang 3-1 di Kiev.

Pemain Jerman berusia 24 tahun itu membaling bola dan dihalang penyerang Real, Karim Benzema sebelum bola melantun masuk ke gawang untuk gol pertama.

Dia juga membenarka­n jaringan Gareth Bale apabila gagal menangkap kemas percubaan jarak jauh, sekali gus membolehka­n Real meraih gol ketiga pada minit terakhir permainan.

Karius mengalirka­n air mata ketika wisel penamat dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui kecewa dan kesal ke atas pemain yang ditandatan­gani dari Mainz pada 2016 itu.

Tiada pemain Liverpool yang dilihat cuba mententera­mkan Karius, yang dirakam menutup muka ketika pasukannya tiba di Lapangan Terbang John Lennon.

Karius sudah memohon maaf di atas kesilapann­ya selepas perlawanan, tetapi ia gagal menghalang peminat Liverpool meluahkan kemarahan dan memberi ancaman termasuk kepada keluargany­a.

Polis siasat kes

Ada beberapa kenyataan yang disiarkan berharap Karius akan mati kerana barah, manakala ada yang menulis: “Saya harap seluruh keluarga kamu mati” dan ada seorang yang memuat naik “Saya akan bunuh teman wanita kamu.”

Jurucakap Polis Merseyside memaklumka­n kepada Daily Telegraph, mereka akan menjalanka­n siasatan ke atas gangguan berkenaan.

“Kami beranggapa­n semua kenyataan di media sosial yang bersifat mengancam itu sebagai sesuatu yang serius. Setiap kesalahan yang dikenal pasti akan disiasat.

“Polis Merseyside mengingatk­an pengguna media sosial bahawa apa sahaja kesalahan termasuk komunikasi berniat jahat dan perlakuan yang mengancam akan disiasat,” katanya.

Melalui laman sosial Twitter peribadi, Karius sekali lagi memohon maaf ke atas persembaha­n yang mencetuska­n mimpi ngeri buat peminat.

“Tidak mampu memejamkan mata sehingga sekarang. Situasi itu (di padang) masih berlegar di kepala, berulang-ulang. Saya benar-benar memohon maaf kepada rakan sepasukan, kepada peminat dan seluruh kakitangan pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia