Berita Harian

Salah yakin mampu ke Russia

-

London: Bintang Mesir, Mohamed Salah ‘yakin’ mampu kembali cergas untuk Piala Dunia biarpun mengalami kecederaan bahu pada aksi final Liga Juara-juara yang menyaksika­n kekalahan Liverpool kepada Real Madrid.

Salah meninggalk­an padang sambil menangis pada separuh masa pertama perlawanan yang berkesudah­an dengan kekalahan 1-3 di Kiev, sekali gus mencetus kebimbanga­n pemain itu bakal terlepas peluang ke Piala Dunia bulan depan.

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami masalah apabila lengannya tertarik ke tanah ketika perebutan bola dengan Sergio Ramos, menyebabka­n ada yang mendakwa pertahanan Madrid itu sengaja mencederak­an penyerang Liverpool itu.

Bercakap selepas perlawanan akhir berkenaan, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatka­n kecederaan itu sebagai ‘serius’, sekali gus bimbang bahu Salah terkehel akibat insiden itu.

Hanya kecederaan ligamen

Kejadian itu mungkin menyebabka­nnya tidak dapat beraksi pada penampilan pertama Mesir di Piala Dunia sejak 1990.

Lengan Salah kelihatan berbalut ketika menuruni pesawat di Lapangan Terbang John Lennon, namun kini peluang Salah kembali cerah untuk menyertai rakan sepasukann­ya beraksi di Russia.

“Malam yang sukar, namun saya seorang pejuang. Biarpun mengalami masalah, saya yakin akan berada di Russia untuk membuat anda bangga.

“Kasih sayang dan sokongan anda akan memberikan kekuatan yang saya perlukan,” kata Salah menerusi akaun Twitter rasminya.

Doktor pasukan Mesir, Mohamed Abou El-ela, berkata dalam satu kenyataan, menurut maklumat kakitangan perubatan Liverpool, Salah hanya mengalami kecederaan ligamen.

Malah seperti yang diberitahu Salah mengenai perkembang­an tahap kecergasan­nya di Twitter, laporan terkini di Mesir mendakwa dia hanya mengalami kesakitan pada bahagian ligamen bahu dan dijangka kembali beraksi dalam tempoh tiga minggu.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Salah (kiri) terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan bahu.
[ FOTO REUTERS ] Salah (kiri) terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan bahu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia