Berita Harian

Ronaldo cetus gelisah di Madrid

-

Madrid: Cristiano Ronaldo menjulang Liga Juara-juara buat kali kelima Ahad lalu, namun kenyataan penyerang itu mengenai masa depannya mencipta suasana kurang menyenangk­an di Real Madrid.

Ketika rakan sepasukann­ya menjulang kejuaraan Eropah buat kali ke-13, hasil kemenangan 3-1 ke atas Liverpool, Ronaldo pula memberi bayangan mengenai komitmen terhadap kelab itu.

“Seronok berada di Madrid,” kata Ronaldo yang diberitahu ia kedengaran seolah-olah ucapan selamat tinggal.

“Saya akan berikan jawapan kepada peminat beberapa hari lagi kerana mereka sentiasa bersama saya,” balasnya.

Dalam tempoh kurang daripada 24 jam kemudian, Ronaldo menyampaik­an sebuah mesej yang lebih optimis ketika pemain Real diarak di depan penyokong di Plaza de Cibeles.

Bercakap kepada peminat, Ronaldo berkata: “Terima kasih semua, jumpa lagi tahun depan.”

Sering bertelagah

Sejak berbulan lamanya, Ronaldo dan wakilnya sering bertelagah dengan Real berhubung kontrak baharu, tatkala pemain Portugal itu dikatakan mahu mengatasi Lionel Messi di Barcelona dan Neymar di Paris Saint-germain sebagai pemain dengan gaji termahal di dunia.

Keengganan presiden kelab Florentino Perez menyinggun­g perasaan Ronaldo, yang beberapa kali membayangk­an hubungan mereka bermasalah.

Kenyataan terkininya mengenai sokongan peminat dikatakan ditujukan kepada Perez.

Sewaktu komen awal Ronaldo diajukan kepada Perez kelmarin, beliau menunjukka­n rasa kurang senang dan enggan melayan kemungkina­n pemain itu akan meninggalk­an kelab.

“Jangan tanya saya soalan seperti ini ketika kami sedang meraikan gelaran Liga JuaraJuara,” kata Perez.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Ronaldo menjulang trofi Liga Juara-juara buat kali kelima, Ahad lalu.
[ FOTO REUTERS ] Ronaldo menjulang trofi Liga Juara-juara buat kali kelima, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia