Berita Harian

Risiko tersingkir awal

Pasukan tuan rumah kurang pemain berkualiti, tiada pengalaman

-

Russia menampilka­n prestasi tidak menentu sejak mara ke separuh akhir Euro 2008 dan dengan skuad kurang kualiti, pengalaman serta keputusan buruk sejak kebelakang­an ini, pasukan berkenaan berdepan bahaya tersingkir awal selaku tuan rumah.

Afrika Selatan adalah tuan rumah tunggal gagal melepasi peringkat kelayakan dan Russia perlu menampilka­n yang terbaik di Piala Dunia sejak kejatuhan Soviet Union jika mereka mahu mengelak nasib sama.

Mereka gagal melepasi halangan pertama pada 1994, 2002 dan 2014 namun akan cuba melepasiny­a apabila diletakkan dalam kumpulan agak mudah buat kali keempat berdepan Arab Saudi, Uruguay dan Mesir dalam Kumpulan A.

Dengan Uruguay dijangka akan mengetuai kumpulan, menjadi keutamaan buat Russia meme nangi aksi pertama berdepan Arab Saudi di Stadium Luzhniki pada 14 Jun, sebelum berdepan skuad diketuai Mohamed Salah (Mesir) dan akhirnya pasukan Amerika Selatan itu yang diketuai penyerang hebat, Edinson Cavani dan Luis Suarez.

Berdepan cabaran getir

Jika mereka melepasi peringkat kumpulan, Russia tampak akan berdepan cabaran getir pada saingan 16 terakhir menentang juara Eropah, Portugal atau Sepanyol, bermakna agak sukar untuk mereka terus berada dalam kejohanan kali ini.

Setakat ini, persiapan Russia ke Piala Dunia selaku tuan rumah jauh daripada mencukupi.

Mereka memecat jurulatih, Leonid Slutsky selepas berkeduduk­an terakhir kumpulan pada Euro 2016, menggantik­annya dengan bekas penjaga gol kebangsaan, Stanislav Cherchesov.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia