Berita Harian

Bukan skuad belasahan

Kerap tukar jurulatih ganggu persiapan Arab Saudi

-

Arab Saudi tampil pada pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006, yang mana mereka tersingkir pada akhir peringkat kumpulan dalam tiga kejohanan berturut-turut.

Pencapaian terbaik Arab Saudi pada kejohanan itu adalah ketika penampilan sulung mereka di Amerika Syarikat pada 1994, apabila berjaya mara ke kelompok 16 terakhir hasil kemenangan 1-0 ke atas Belgium selepas jaringan cantik Saeed Al Owairan.

Pengendali Arab Saudi adalah bekas pemain tengah Sepanyol yang dilahirkan di Argentina, Juan Antonio Pizzi yang mengambil alih pasukan daripada Bert van Marwijk dari Belanda November lalu.

Marwijk bertanggun­gjawab membawa Arab Saudi ke pusingan akhir di Russia tetapi kontraknya tidak diperbahar­ui.

Buka kempen dengan positif

Pada awalnya, dia digantikan oleh Edgardo Bauza tetapi dipecat hanya selepas tiga perlawanan persahabat­an dan Bauza digantikan oleh Pizzi, yang pernah membimbing Chile menjuarai Copa America Centenario pada 2016 dan ke final Piala Konfederas­i FIFA 2017.

Bagaimanap­un keputusan perlawanan Arab Saudi selepas layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 amat mengecewak­an apabila tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Teluk, pada Disember lalu.

Mereka hanya memenangi satu daripada empat perlawanan pemanas badan sebelum ke Russia, termasuk kekalahan 0-4 di tangan Belgium, akhir Mac lalu.

Dalam laluan ke Russia, kemenangan ke Arab Saudi atas Jepun yang sudah layak memastikan tiket ke final di Russia apabila mereka menamatkan saingan kelayakan di atas Australia berdasarka­n perbezaan gol.

Perubahan kejurulati­han sejak mengesahka­n slot ke Piala Dunia merencatka­n persiapan Arab Saudi dan keputusan untuk menghantar beberapa pemain utama ke kelab Sepanyol dalam usaha mengutip pengalaman juga tidak mendatangk­an hasil.

Perlawanan pembukaan menentang Russia penting buat Pizzi dan pasukannya untuk membuka kempen dengan positif, diikuti pertemuan dengan Uruguay dan seteru Arab, Mesir menanti selepas itu.

Dengan prestasi skuad kini merosot berbanding di bawah Van Marwijk, Arab Saudi dijangka tersingkir di pusingan pertama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia