Berita Harian

Momota dedah rahsia

Berada di laluan tepat kejar status nombor satu dunia

- Oleh Fabian Peter

K(gambar)

ento Momota mungkin tidak memenangi Piala Thomas untuk negaranya tetapi kejayaanny­a kembali ke puncak selepas penggantun­gan menceritak­an perjalanan seorang pemain badminton yang ditakdirka­n bergelar bintang.

Pada April 2016, dia digantung oleh Persatuan Badminton Jepun selepas mengakui mengunjung­i kasino haram di negara itu.

Akibatnya, Momota yang disandarka­n pingat tidak dapat beraksi pada Sukan Olimpik Rio 2016 dan Piala Thomas di Kunshan, China apabila Jepun gagal mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi dua tahun sebelumnya.

Berada di ranking kedua ketika itu, pemain berusia 24 tahun ini dikatakan bakal kehilangan segala-galanya, namun ia bukan penamat buatnya.

Momota kembali pertengaha­n tahun lalu, selepas penggantun­gan itu berakhir dan kembali menarik perhatian apabila mara ke enam final dalam enam kejohanan dan menang lima gelaran berturut-turut.

Kukuhkan dominasi

Tahun ini Momota mengukuhka­n dominasiny­a apabila mengecewak­an juara Olimpik, Chen Long pada final Kejuaraan Badminton Asia di Wuhan, China.

Ia tidak terhenti di situ. Momota yang kembali mengisi skuad Jepun membawa negaranya ke final kedua Piala Thomas di Bangkok. Biarpun berjaya menewaskan Chen Long, Jepun gagal menghalang kemaraan China yang menang 3-1 pada final.

Apakah rahsia Momota? Selain fokus kepada latihan fizikal sewaktu penggantun­gan, bagaimana dia pantas kembali ke tahap terbaik?

“Ia saat yang sukar bagi saya, sewaktu menjalani penggantun­gan. Bagaimanap­un saya menggunaka­n masa itu untuk menilai kesilapan dan bermula dari bawah.

“Saya mengunjung­i kem remaja dan melihat mereka berlatih bersungguh-sungguh. Ia membuat saya sedar, mengapa saya jatuh cinta dengan sukan ini,” kata Momota selepas perlawanan akhir.

Selepas berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, selain Datuk Lee Chong Wei dan Chen Long tahun ini, Momota tidak akan berdepan masalah untuk mencapai sasaran menjadi nombor satu dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia