Berita Harian

Malaysia gagal bangkit di Argentina

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Rentak permulaan perlahan sekali lagi menghukum skuad hoki lelaki negara apabila tewas 2-7 kepada Argentina pada perlawanan persahabat­an ketiga di Buenos Aires, semalam.

Kekalahan itu mengulangi kegagalan anak buah Stephen Van Huizen pada dua perlawanan sebelum ini apabila tewas 0-1 dan 1-6 kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 itu.

Malaysia ketinggala­n 1-4 selepas berakhir suku pertama menerusi dua jaringan padang Joaquin Menini seawal minit pertama dan ke-14, manakala dua lagi gol masing-masing disumbangk­an Nicolas Della Torre minit ke-6 dan Tomas Domene, minit ke-9.

Gol tunggal

Penyerang negara, Muhammad Haziq Samsul menjaringk­an gol tunggal pada suku pertama pada minit ke-5 menerusi jaringan padang.

"Kita berjaya menjaringk­an gol penyamaan tetapi lawan menambah gol kedua seminit kemudian kerana barisan pemain negara gagal bertindak balas dengan baik dalam kawasan 8 dan 25 meter," kata Stephen.

Jelas Stephen, pemainnya mempamer aksi lebih baik selepas itu tetapi ia masih belum dapat menghalang Argentina daripada menambah tiga gol lagi menerusi Della Torre minit ke-27, Juan Gilardi minit ke-35 dan Pedro Ibarra minit ke-37.

Muhammad Azri Hassan menambah gol kedua negara minit ke-45 tetapi ia dilihat sudah terlambat untuk Malaysian Tigers melakukan kebangkita­n semula.

Skuad negara akan turun bertemu Argentina pada perlawanan keempat, Rabu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia