Berita Harian

‘Tuding jari cuba tutup kelemahan pasukan’

- Oleh Rodly Fadly

Kuala Lumpur: Hashim Mustapha yakin tidak wujud komplot mensabotaj pasukan negeri itu seperti didakwa oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan.

Sebaliknya, bekas pemain Kelantan itu menganggap kenyataan dibuat bertujuan menutup kelemahan sendiri dengan mendakwa, Bibi dilanda sindrom takut bayangbaya­ng sendiri dan cuba menuding jari selepas beberapa tindakanny­a menyebabka­n pasukan kini berada di zon penyingkir­an.

"Saya tidak nampak mana-mana pihak yang cuba mengkhiana­ti pasukan Kelantan seperti didakwa Bibi. Siapa dan untuk apa mereka hendak berbuat begitu?

"Namun, saya tidak menafikan ada beberapa pihak seperti bekas pemain lantang mengkritik KAFA terutama Bibi atas beberapa tindakanny­a yang dianggap tidak wajar sehingga menyebabka­n pasukan Kelantan berada dalam situasi sekarang.

Tak kena masa

"Antaranya tindakan menyingkir pemain senior seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Piya (Badhri Radzi) dan Farhan (Norfarhan Mohamad) pada pertengaha­n musim yang kami anggap tidak kena pada masanya.

"Begitu juga dengan tindakan jurulatih hanya menurunkan seorang pemain import sedangkan masih ada dua lagi pemain import boleh digunakan. Kami mengkritik kerana sayangkan bola sepak Kelantan bukan untuk mensabotaj atau menghancur­kan.

"Tetapi, apabila pasukan jadi begini, Bibi mula menuding jari mencari kesalahan orang lain.

“Kami bekas pemain terutama Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) sedia membantu dengan memberi pandangan berdasarka­n pengalaman, tetapi sepanjang pengetahua­n saya, hanya sekali saja Bibi memanggil kami untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju pasukan,”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia