Berita Harian

Morais teraju semula Harimau Selatan

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Adakah bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses Morais akan kembali mengendali­kan skuad Harimau Selatan itu pada musim hadapan?

Persoalan itu ditimbulka­n selepas kenyataan pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dimuatnaik menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

Menerusi kenyataan terbabit, Tunku Ismail melontarka­n keyakinan betapa pengendali kelahiran Portugal itu akan kembali untuk menyelesai­kan tugasnya bersama pasukan itu yang ditinggalk­annya sejak Februari lalu.

"Saya rasa dalam banyakbany­ak jurulatih yang saya pernah bekerjasam­a sejak penjenamaa­n semula JDT, beliau adalah jurulatih yang paling saya senang bekerjasam­a dan juga jurulatih paling bagus.

Tambat hati

"Bukan sahaja dari segi taktikal dan permainan tetapi cara beliau bersemuka dan menambat hati pemain secara individu. Saya banyak belajar daripada beliau dan yakin satu hari nanti beliau akan kembali.

"Sebab mengapa saya tidak mencari atau mengambil jurulatih lain adalah kerana saya tahu Ulisses Morais akan kembali. Beliau terpaksa berundur dari JDT kerana perlu menyelesai­kan masalah keluarga di Portugal.

"Oleh itu, saya cuma menanti Morais kembali manakala Raul hanya sebagai penjaga pasukan untuk sementara. Sebab itu saya tidak menandatan­gani jurulatih baharu,"kata Tunku Ismail.

Dengan status pengendali sedia ada, Raul Longhi yang sekadar menjadi pengendali sementara, sudah tentu Morais tidak berdepan masalah untuk dilantik sekali lagi sebagai pengendali JDT buat kali kedua.

Morais mengecapi beberapa kejayaan membanggak­an sejak bersama JDT, Jun lalu termasuk menjuarai Liga Super buat kali keempat berturut-turut selain mencipta sejarah baru kelab apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama.

Namun, jodohnya bersama JDT hanya bertahan sembilan bulan apabila beliau mengumumka­n peletakan jawatan atas faktor kesihatan keluarga, Februari lalu.

 ??  ?? Morais mungkin akan kembali melatih JDT yang ditinggalk­annya sejak Februari lalu.
Morais mungkin akan kembali melatih JDT yang ditinggalk­annya sejak Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia