Berita Harian

Sarawak kekalkan elaun ketua masyarakat

-

Miri: Sarawak akan terus membiayai elaun ketua masyarakat atau Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), berikutan tindakan Kerajaan Pusat menangguhk­an pembayaran elaun itu berkuatkua­sa serta merta.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, kerajaan negeri sedia untuk meneruskan pemberian elaun itu seperti yang dilakukan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sudah menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian.

“Justeru, ketua masyarakat atau JKKK tidak harus bimbang dengan pemberian elaun berkenaan kerana ia tetap akan menjadi keutamaan kerajaan negeri,” katanya di Majlis Gawai Dayak di DUN Marudi, di sini, semalam.

Sebelum ini, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menangguhk­an sementara semua urusan berkaitan JKKK, termasuk urusan pelantikan, pertukaran, bayaran elaun dan isu lain berkaitan.

Nafi khabar angin

Penguang turut menafikan khabar angin kononnya kerajaan negeri tidak akan membayar elaun itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memastikan ketua masya- rakat dan JKKK akan menerima peruntukan yang sewajarnya tanpa wujud sebarang perubahan.

“Kerajaan negeri juga memastikan pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar di Sarawak akan terus diberi keutamaan seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Pusat untuk memastikan negeri ini tidak diabaikan daripada pembanguna­n yang dirancang sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia