Berita Harian

Pemergian Daniel Tajem satu kehilangan besar

-

Kuching: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg menyifatka­n pemergian mendiang Datuk Seri Daniel Tajem Miri satu kehilangan seorang rakan dan insan yang banyak berkongsi ilmu pengetahua­n dengannya.

Beliau berkata, Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang begitu dekat di hati dan sentiasa mengambil berat akan kepentinga­n rakyat negeri ini.

“Saya berpeluang berkhidmat di bawah mendiang sebagai Menteri Muda Pertanian dan Pembanguna­n Masyarakat dan sepanjang tempoh itu, banyak yang saya pelajari dari mendiang,” katanya selepas memberi penghormat­an terakhir terhadap mendiang di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya, di sini, semalam

Bantu dua bidang

Mengimbau kenangan bersama bekas Timbalan Ketua Menteri itu, Abang Johari berkata mendiang memintanya membantu dalam dua bidang iaitu penubuhan Persatuan Nelayan Sarawak dan Persatuan Peladang Sarawak.

“Pada masa itu, dua organisasi ini masih belum ada dan saya berpeluang membantu mendiang dalam penubuhan dua organisasi ini.

“Kini, dua organisasi ini amat penting dalam pembanguna­n pertanian di negeri ini,” katanya yang turut bersedih dengan pemergian mendiang pada usia 82 tahun.

Abang Johari tiba di kediaman mendiang sekitar jam 9 pagi bersama isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar.

Kematian Tajem, disedari isterinya, Datin Seri Ivy Tajem, di kediaman mereka di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya di sini, pada jam 8.10 pagi, semalam.

Mendiang dipercayai menghembus­kan nafas terakhir antara jam 7 hingga 8 pagi, kerana sebelum jam 7 pagi, beliau masih sempat bercakap dengan isterinya.

 ??  ?? Abang Johari memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Daniel Tajem di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya, Kuching.
Abang Johari memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Daniel Tajem di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia