Berita Harian

Warga emas diperdaya RM20,000

-

Miri: Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM 20,000 apabila barang kemasnya dilarikan sekumpulan lelaki dan wanita dalam kejadian di Pusat Komersial Boulevard di sini, pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, suspek terdiri dari seorang wanita dan tiga lelaki melarikan rantai, dua gelang tangan, dua cincin dan beg tangan mangsa berusia 74 tahun.

Menurut sumber, kumpulan terbabit meminta mangsa ke sebuah pejabat ‘kebajikan’ di bangunan kedai itu kononnya bagi pendaftara­n bantuan bulanan itu.

Sumber itu berkata, bagaimanap­un mangsa diminta menanggalk­an semua barangan kemasnya dan diserahkan kepada suspek sebelum ke pejabat itu.

“Mangsa diminta pergi seorang diri dan hanya boleh membawa kad pengenalan dan wang tunai RM20.

“Bagaimanap­un, mangsa terkejut apabila diberitahu pejabat berkenaan bukanlah pejabat kebajikan, tetapi pusat tuisyen,” katanya.

Katanya, apabila mangsa keluar dari pejabat berkenaan, semua suspek sudah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang tidak dikenalpas­ti nombor pendaftara­n dan jenisnya.

“Mangsa dikenali suspek kerana suspek pernah mendapatka­n khidmat urutan di rumah mangsa sebelum ini.

“Suspek kemudianny­a meminta mangsa mengikut mereka kononnya bagi membantu mangsa mendapatka­n bantuan, sedangkan ia adalah bagi memperdaya mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia