Berita Harian

Buaya berlegar di halaman rumah

-

Tuaran: Lima sekeluarga berdepan detik cemas selepas penemuan seekor buaya yang berlegar-legar di halaman rumah mereka di Kampung Tajau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, buaya dianggarka­n berukuran tiga meter itu dilihat sedang membaham seekor ayam peliharaan mereka.

Pengadu, Junqadre Saidin, 36, berkata ketika kejadian, halaman di luar rumah mereka dinaiki air kerana hujan dan selepas hujan berhenti, dia keluar memancing di luar rumahnya.

“Beberapa minit kemudian, umpan saya dimakan namun saya berasa hairan kerana daya tarikannya terlalu kuat dan hanya bergerak satu arah lalu putus.

“Tidak lama kemudian, seekor buaya timbul tidak jauh dari lokasi rumah dan sedang membaham seekor ayam peliharaan di hadapan saya,” katanya.

Kali pertama terima aduan rasmi

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian 7.35 pagi hari ini dan segera mengerah sepasukan anggota ke lokasi.

“Memang pernah terdengar penduduk kampung bercerita mengenai isu ini, tetapi ini kali pertama APM menerima aduan rasmi mengenai penemuan buaya di kampung berkenaan.

“Pihak APM menjalanka­n pemantauan selama sejam 15 minit di sekitar lokasi namun reptilia itu tidak ditemui,” katanya.

Paulina berkata, kejadian itu boleh mengancam penduduk di kampung berkenaan dan pihaknya sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya perkara sama berulang dan buaya dilihat di kawasan itu lagi.

 ?? [ FOTO RECQUEAL RAIMI/BH] ?? Anggota APM memantau sekitar rumah pengadu yang melihat buaya di Kampung Tajau, Tuaran.
[ FOTO RECQUEAL RAIMI/BH] Anggota APM memantau sekitar rumah pengadu yang melihat buaya di Kampung Tajau, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia