Berita Harian

Lelaki ditahan seludup bahan bersubsidi

-

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki tempatan selepas didapati melanggar syarat lesen borong barangan bersubsidi di perairan di sini kelmarin.

Suspek ditahan ketika dalam perjalanan dari jeti Logpon, Tanjung Batu untuk menghantar 300 kotak minyak masak bersubsidi ke Kuala Sg. Aji Kuning tanpa kebenaran pada jam 10.10 pagi.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan di sini, berkata bahan terkawal itu dipercayai cuba diseludup keluar untuk dipasarkan di negara jiran Indonesia.

“Suspek yang berumur 27 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis marin yang sedang melakukan rondaan Op Gelora di perairan berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati lesen borong yang dikeluarka­n mengikut peraturan kawalan bekalan 1974 adalah didaftarka­n atas nama syarikat Sri Diamond, di Kampung Sungai Tongkang.

“Suspek didapati menyalahgu­nakan kemudahan itu dan melanggar syarat lesen dengan menghantar 300 kotak minyak masak dianggarka­n bernilai lebih RM12,450 ke Kuala Sg. Aji Kuning tanpa kebenaran.

“Turut dirampas bot kayu jenis jongkong bersama seunit enjin sangkut Yamaha 85hp (kuasa kuda),” katanya.

Beliau berkata, suspek dan kesemua barang rampasan kemudianny­a dibawa ke pangkalan polis marin daerah untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan bekalan 1961.

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA] ??
[ FOTO IHSAN BOMBA]
 ?? [ FOTO IHSAN PPM TAWAU] ?? Anggota PPM menahan seorang lelaki tempatan selepas didapati melanggar syarat lesen borong barangan bersubsidi dengan menghantar 300 kotak Minyak Masak bersubsidi ke Kuala Sungai Aji Kuning, di Tawau.
[ FOTO IHSAN PPM TAWAU] Anggota PPM menahan seorang lelaki tempatan selepas didapati melanggar syarat lesen borong barangan bersubsidi dengan menghantar 300 kotak Minyak Masak bersubsidi ke Kuala Sungai Aji Kuning, di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia