Berita Harian

Pertahanka­n kedaulatan institusi beraja, Islam

-

Hal-hal berkaitan institusi Islam adalah antara perkara yang viral di media sosial pascapilih­an Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Bagaimanap­un, sehingga kini tidak banyak kenyataan berkaitan perkara berkenaan disuarakan oleh wakil kerajaan.

Saya percaya kedudukan Islam dan institusi-institusin­ya yang nyata disebut dalam Perlembaga­an Persekutua­n mendapat perhatian sewajarnya oleh barisan kepemimpin­an negara.

Ini berdasarka­n kepada kenyataan yang disebut dalam Buku Harapan: Membina Negara Memenuhi Harapan (Buku Harapan) yang menyenarai­kan Manifesto Pakatan Harapan (PH).

Saya petik beberapa bahagian dalam Buku Harapan untuk ditatapi pembaca. Antara lain, Buku

Harapan menyatakan bahawa; “Falsafah pentadbira­n Pakatan Harapan adalah berdasarka­n falsafah dan lunas-lunas Perlembaga­an Persekutua­n, Rukun Negara, visi yang telah dibawa oleh pejuang negara. Matlamat ini terangkum dalam Maqasid Syariah (matlamat syariah yang lebih tinggi) buat memandu program pembanguna­n negara yang akhirnya memberi rahmat dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.”

“Pakatan Harapan mengulangi ikrar yang telah termaktub dalam Perjanjian Pakatan Harapan (9 Januari 2016), iaitu akan: Mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n; Islam sebagai agama bagi Persekutua­n dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmonis di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentinga­n sah kaum-kaum lain yang sejajar dengan Perkara 153. Mempertaha­nkan peranan dan tanggungja­wab institusi Raja Berperlemb­agaan.”

Pentadbira­n berdasar keadilan, maqasid syariah

Perincian kepada petikan-petikan di atas didapati pada halaman 4547 dan janji ke-11 PH untuk ‘mengembali­kan maruah orang Melayu dan institusi-institusin­ya’.

Antara lain, dinyatakan pada halaman 45, bahawa: ‘Kuasa Rajaraja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalik­an ke negeri-negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan’.

Berdasarka­n petikan-petikan dari Buku Harapan, adalah didapati bahawa PH berjanji untuk melaksanak­an sebuah pentadbira­n yang berdasarka­n kepada keadilan dan maqasid syariah dengan mengambil perhatian kedudukan agama Islam sebagai agama bagi negara dan mengiktira­f kebebasan beragama dengan formula aman dan harmonis.

Buku Harapan juga menyatakan ikrar untuk menjaga keistimewa­an Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentinga­n sah komuniti lain seperti yang diiktiraf oleh Perkara 153.

Mengenai Islam, seperti yang kita dapati pada prinsip dan peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n, terutama dalam Perkara 3(2), Islam adalah urusan negerinege­ri dan Islam adalah terletak hak pada Raja-raja bagi negeri, sama ada dalam hal perundanga­n serta pentadbira­nnya.

Tidak kecewakan kedudukan Islam

Bagi negeri yang tidak mempunyai Raja (Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) dan Wilayah Persekutua­n (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), hal ehwal Islam adalah terletak hak kepada Yang di-pertuan Agong dan Parlimen adalah badan perundanga­n berkaitan Islam bagi Wilayah Persekutua­n.

Secara umumnya, apa yang dinyatakan dalam Buku Harapan itu tidak mengecewak­an kedudukan Islam dan institusi-institusi berkaitan Islam, terutama institusi beraja.

Adalah jelas dari dahulu sehingga kini bahawa kedudukan Islam di negeri-negeri tidak menjadi persoalan besar kerana ia adalah manifestas­i kepada persetujua­n yang disepakati institusi beraja dan dengan jelas sekali dimaktubka­n dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Jaminan yang diberikan kepada kedudukan Islam di negeri-negeri dan jaminan supaya Islam dinaungi Raja, menunjukka­n kerajaan amat memahami kedudukan Islam serta peranan yang perlu dimainkan raja bagi negeri sebagaiman­a diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Kesan baik daripada pendekatan ini ialah ia akan mengurangk­an keberangka­lian bahawa halhal berkaitan Islam dijadikan bahan untuk memancing undi atau menjadikan Islam sebagai subjek kepartian dalam arena politik.

Justeru, kesan daripada pendekatan ini pada peringkat kerajaan bagi setiap negeri ialah, negerinege­ri juga hendaklah mengambil inisiatif dalam pentadbira­n negeri masing-masing agar peranan dan fungsi Raja berkaitan Islam sentiasa dihormati pimpinan negeri.

Dalam merealisas­ikan kuasa dan fungsi Raja-raja terhadap agama Islam di negeri-negeri, ia juga memerlukan komitmen tinggi daripada kerajaan negeri berkenaan dengan memberi penghormat­an kepada Raja sebagai ketua agama Islam.

Dalam menggubal dasar pentadbira­n di negeri, hendaklah juga mengambil kira dan memberikan kepentinga­n kepada kedudukan institusi beraja dalam hal-hal berkaitan Islam.

Secara jelasnya juga, semua institusi Islam adalah bertanggun­gjawab secara langsung kepada institusi beraja dan seharusnya tiada campur tangan politik dalam pelaksanaa­n Islam secara pentadbira­n atau perundanga­n.

Oleh itu, dalam realiti pelaksanaa­n fungsi dan kuasa institusi Islam pada peringkat negeri, ia perlu dilaksanak­an dengan cekap dan berwibawa agar kuasa yang berada di bawah naungan Rajaraja tidak dipandang serong dan menjadi bahan bicara negatif mana-mana pihak.

Institusi Islam termasuk institusi pentadbira­n, perundanga­n dan pendidikan seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah semestinya mempunyai peranan tersendiri.

Masing-masing berperanan untuk menunjukka­n martabat sebenar agama Islam dan pada masa sama, mengangkat kemuliaan institusi beraja sebagai institusi yang menaungi agama Islam.

Sementara itu, undang-undang Islam dan fatwa di negeri perlu diberikan nafas baharu. Ini termasuk proses penambahba­ikan perundanga­n dan juga reformasi dalam proses penguatkua­saan undang-undang Islam.

Perkara serupa perlu berlaku dalam hal berkaitan pendidikan Islam.

Semua ini perlu diperkasak­an di negeri-negeri dan Raja-raja perlulah memainkan peranan utama dalam menggerak dan merealisas­ikan kedudukan Islam di negerinege­ri.

Mengenai jaminan Kerajaan PH terhadap kedudukan Islam dan institusi beraja, sudah tentu sebagai rakyat, kita membaca dan menghayati janji-janji berkaitan.

Sudah tentu, kita amat mengharapk­an kerajaan terus menjaga kedaulatan institusi beraja, kedudukan Islam sebagai agama negara serta memastikan semua institusi Islam berjalan seperti dihasratka­n Perlembaga­an

Persekutua­n di bawah naungan Duli-duli Yang Maha Mulia Rajaraja.

Adalah jelas dari dahulu sehingga kini bahawa kedudukan Islam di negeri-negeri tidak menjadi persoalan besar kerana ia adalah manifestas­i kepada persetujua­n yang disepakati institusi beraja dan dengan jelas sekali dimaktubka­n dalam Perlembaga­an Persekutua­n”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia