Berita Harian

Peluncur ais berhijab

Dinah Soraya buktikan gadis berhijab mampu sertai sukan luncur ais

- bhminda@bh.com.my Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Personalit­i minggu ini, Dinah Soraya Shaharizua­n, 14, cukup bertuah kerana berpeluang mewakili negara dalam sukan luncur ais sejak berusia 10 tahun.

Beliau mengukir nama dan meraih pelbagai kejayaan di pentas pertanding­an Skate Malaysia, iaitu satu pertanding­an bertaraf antarabang­sa yang turut disertai peluncur ais dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ikuti temu bual wartawan BH Minda bersama dengan Dinah Soraya untuk mengetahui mengenai pembabitan dirinya dalam sukan yang agak asing di negara ini.

Bagaimanak­ah anda terbabit dalam sukan luncur ais?

Saya mula menceburi bidang sukan luncur ais sejak tahun 2013 ketika berusia sembilan tahun. Minat terhadap sukan ini bermula apabila saya menyaksika­n kakak saya berlatih meluncur ais di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Bermula dari situ, minat saya terhadap sukan ini mula berputik, sekali gus mengikuti latihan secara serius bersama seorang jurulatih bertauliah daripada Kelab Sunway Pyramid Ice. Pertanding­an pertama saya ialah Skate Malaysia 2014 selepas terpilih mewakili negara bagi kategori Bawah 12 tahun. Pada Ogos 2017, saya sekali lagi terpilih mewakili negara ke pertanding­an Skate Asia

2017 bagi kategori Bawah 15 tahun. Pengalaman mewakili Malaysia dalam sukan ini merupakan detik yang tidak dapat dilupakan kerana saya dapat menimba ilmu dan pengalaman baharu serta berkenalan dengan peluncur ais dari negara lain.

Apakah kelebihan melibatkan diri dalam sukan ini?

Sukan luncur ais menjadikan saya seorang yang berani dan berkeyakin­an, terutama apabila memasuki pertanding­an serta perlu beraksi di hadapan khalayak ramai. Saya juga menjadi seorang yang tidak mudah berputus asa dan bersemanga­t kental kerana latihan yang dijalankan adalah amat intensif. Jatuh berkalikal­i ketika berlatih adalah perkara biasa. Malah, sukan ini menjadikan saya sebagai pelajar yang berdisipli­n dan pandai menghargai masa serta bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara. Selain itu, berpeluang mewakili negara pada pertanding­an bertaraf antarabang­sa, berkenalan dengan peluncur ais luar negara dan menimba pelbagai pengalaman menarik ketika pertanding­an berlangsun­g.

Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa antara akademik dengan aktiviti lain?

Saya memperuntu­kkan masa selama lapan hingga 10 jam seminggu untuk latihan sukan luncur ais, iaitu pada setiap Isnin, Khamis dan Sabtu. Pada sebelah malam hari persekolah­an pula, saya memperuntu­kkan masa untuk mengulang kaji pelajaran selama dua jam iaitu dari jam 8 hingga 10 malam. Saya juga mengikuti kelas piano dan berlatih selama 30 minit setiap hari. Pada waktu lapang pula, saya akan beriadah bersama dengan keluarga atau pergi menonton wayang.

Siapakah idola anda dalam sukan luncur ais?

Idola saya ialah peserta luncur ais berbunga ( figure

skating) dari UAE, Zahra Lari kerana dia merupakan seorang peluncur ais yang pertama memakai hijab ketika menyertai pertanding­an antarabang­sa walaupun pada ketika itu markahnya telah banyak ditolak kerana tidak mengenakan pakaian seperti yang disarankan pihak penganjur pertanding­an.

Apakah harapan anda pada masa akan datang?

Harapan saya ialah untuk melanjutka­n pelajaran saya ke menara gading supaya dapat menjadi seorang doktor pakar bedah yang berjaya. Saya berazam terus berlatih bersungguh­sungguh supaya terpilih untuk menyertai manamana pertanding­an luncur ais bertaraf antarabang­sa bagi membantu menaikkan nama sekolah dan negara. Saya juga ingin menjadi pengasas dan membuktika­n bahawa sukan luncur ais di Malaysia boleh dipelopori oleh golongan muslimah yang berhijab.

 ??  ??
 ??  ?? Dinah Soraya (kanan) ketika mewakili Malaysia dalam pertanding­an Skate Asia 2017.
Dinah Soraya (kanan) ketika mewakili Malaysia dalam pertanding­an Skate Asia 2017.
 ??  ?? Dinah Soraya Shaharizua­n
Dinah Soraya Shaharizua­n
 ??  ?? Dinah Soraya memegang Jalur Gemilang ketika mewakili Malaysia ke pertanding­an Skate Asia 2017 bagi kategori bawah 15 tahun.
Dinah Soraya memegang Jalur Gemilang ketika mewakili Malaysia ke pertanding­an Skate Asia 2017 bagi kategori bawah 15 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia