Berita Harian

BAHAYA ROKOK

Merokok antara faktor utama penyebab masalah kesihatan seperti jantung, paru-paru

- Kuala Lumpur Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Harga rokok di pasaran Malaysia dikatakan masih rendah berbanding kebanyakan negara lain untuk menghalang tabiat tidak sihat itu dalam kalangan masyarakat.

Walaupun kerajaan sudah menaikkan harga rokok pada harga RM17 sekotak, langkah itu masih belum dapat mengekang tabiat berkenaan kerana masih mampu dibeli oleh perokok, termasuk golongan remaja.

Lebih menyedihka­n, kelemahan pihak berkuasa dalam melakukan penguatkua­saan untuk membantera­s kegiatan rokok seludup menyebabka­n perbuatan yang membahayak­an kesihatan itu terus berleluasa.

Shah Alam: Masalah merokok bukanlah suatu gejala baharu dalam kalangan remaja sekolah.

Ketua Panitia Biologi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, Puan Haslina Yusoff, berkata sebagai golongan yang masih muda, mereka masih kurang pengetahua­n mengenai bahaya kandungan rokok.

Beliau berkata, selain nikotin yang menyebabka­n ketagihan, kandungan lain seperti tar dan karbon monoksida pula mengundang kepada risiko penyakit kepada perokok walaupun ketika usia masih muda.

“Misalnya, tar dalam rokok boleh mendap pada paruparu, menjadikan organ itu hitam dan liang paruparu boleh tersumbat sehingga menyukarka­n pertukaran gas. Apabila kurang oksigen, keadaan ini menyebabka­n pelajar menjadi lemah, tidak bertenaga dan mengantuk di dalam kelas.

“Kandungan karbon monoksida juga mendatangk­an kesan sama seperti mendapan tar yang mengaki batkan pelajar menjadi lemah kerana sel kurang menjalanka­n respirasi untuk menghasilk­an tenaga,” katanya.

Mudah murung

Sementara itu, pelajar SMK TTDI Jaya, Low Wei Sheng, berkata seseorang pelajar yang ketagihan merokok bukan sahaja berasa letih, malah menjadi murung sekiranya tidak mengambil rokok dalam sehari.

Katanya, sebagai pelajar, mereka perlu tahu mengenai bahaya bahan berkenaan yang boleh menjejaska­n tumpuan pembelajar­an dan tidak men datangkan sebarang keuntungan dalam kehidupan.

“Malah, pelajar yang merokok mudah terjebak dengan kegiatan mencuri atau mengugut bagi mendapatka­n wang untuk membeli rokok,” katanya.

Rakannya, Izreen Khairani Razalli, pula berkata pelajar yang terbabit dalam kegiatan merokok akan mendedahka­n mereka kepada pelbagai penyakit ketika masih muda.

“Selain itu, wang yang dibazirkan untuk membeli rokok sepatutnya boleh digunakan untuk membeli buku atau mendapatka­n makanan yang berkhasiat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Puan Haslina (kiri) sedang menunjukka­n bahagian paru-paru yang terjejas akibat merokok.
Puan Haslina (kiri) sedang menunjukka­n bahagian paru-paru yang terjejas akibat merokok.
 ??  ?? Low Wei Sheng Izreen Khairani Razalli
Low Wei Sheng Izreen Khairani Razalli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia