Berita Harian

Hari Tanpa Tembakau

Naik harga rokok, kurangkan kuasa beli pelajar

-

Pakar Perunding Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok Universiti Malaya, Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, berkata beliau yakin tindakan menaikkan harga rokok sehingga mencecah RM30 sekotak dan penguatkua­saan yang tegas mampu membendung masalah pengambila­n rokok terutama dalam kalangan remaja.

Beliau berkata, berdasarka­n kajian, antara cara untuk mengurangk­an jumlah perokok dalam sesebuah negara ialah dengan menaikkan cukai ke atas rokok.

“Walaupun harga rokok di negara ini terus menunjukka­n peningkata­n, harga berkenaan masih rendah berbanding negara luar, misalnya harga sekotak rokok di New Zealand sudah mencecah sekitar RM60.

“Oleh itu, kita berharap kerajaan kini dapat meneruskan agenda kawalan tembakau selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau 20152020 kerana merokok adalah antara faktor utama penyumbang kepada masalah kesihatan seperti jantung dan paruparu,” katanya kepada BH Minda, barubaru ini.

Langkah 'murah'

Dr Amer Siddiq berkata, tindakan menaikkan harga rokok adalah satu langkah paling 'murah' dalam mengawal masalah perokok di negara ini.

Katanya, bagi golongan remaja, mereka tidak akan mampu membeli rokok, manakala bagi individu dewasa, ini adalah proses untuk mereka memulakan proses berhenti merokok.

“Sekiranya mereka ingin berhenti merokok, kita mempunyai pelbagai program untuk membantu golongan berkenaan untuk berhenti mengambil rokok dalam kehidupan seharian.

“Pada masa sama, kawalan keselamata­n dan penguatkua­saan di pintu sempadan juga perlu diperluas dan dipertingk­atkan bagi mengekang kes penyeludup­an rokok,” katanya.

Tingkatkan kesedaran

Kegagalan menangani masalah rokok seludup menyebabka­n rokok berkenaan boleh diperoleh dengan mudah dan dijual pada harga yang murah iaitu antara RM2 hingga RM5.

Menyentuh mengenai Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut pada 31 Mei setiap tahun, Dr Amer Siddiq berkata, sambutan itu bertujuan memastikan masyarakat dunia mempunyai kesedaran dan melakukan tindakan dalam menangani isu berkaitan tembakau.

Katanya, tema Hari Tanpa

Tembakau di Malaysia tahun ini ialah Tembakau dan Penyakit Jantung dengan memfokuska­n mengenai hubung kait antara tabiat merokok dengan masalah kesihatan jantung dalam kalangan masyarakat.

 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Meningkatk­an harga rokok dan penguatkua­saan yang tegas boleh membantu untuk mengurangk­an jumlah perokok, terutamany­a dalam kalangan remaja.
[GAMBAR HIASAN] Meningkatk­an harga rokok dan penguatkua­saan yang tegas boleh membantu untuk mengurangk­an jumlah perokok, terutamany­a dalam kalangan remaja.
 ??  ?? Dr Amer Siddiq Amer Nordin
Dr Amer Siddiq Amer Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia