Berita Harian

Sekitar Ramadan

-

1 Ketua Pegawai Eksekutif Beta Mutiara Corporatio­n Berhad, Tan Sri Bahadon Ariffin (tengah) dan isteri, Puan Sri Rohanida Razali bergambar bersama sebahagian penerima sumbangan pada Majlis Iftar Ramadan, Sumbangan Untuk Anak Yatim dan Keluarga Kurang Mampu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah malam tadi. Program anjuran Persatuan Pronita Pahang dengan kerjasama Beta Mutiara Corporatio­n Berhad itu bagi meraikan golongan asnaf terdiri daripada 60 Anak Yatim dan 90 keluarga miskin sekitar Kuantan

2 Orang ramai mengunjung­i gerai Pok Su dan Mok Su untuk membeli pelbagai jenis lauk juadah berbuka ketika tinjauan di Bazar Ramadan Peramu.

3 Muhd Irwan Hazwan Abdul Aziz (kanan) menunjukka­n pelbagai hidangan makanan laut yang dibakar di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman.

4 Orang ramai mengambil peluang berbuka puasa pada program Iftar @ Kuala Lumpur 2018 Semarakkan Bulan Ramadan di Dataran Merdeka.

5 Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri Dr Ir Azman Mohd (tengah) bersama isteri Datin Seri Noor Afizah Ahmad Noor (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan hari raya kepada anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa TNB di Dewan Musytari RHR Hotel Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), semalam. Seramai 65 Anak Yatim yang berusia antara empat hingga 17 tahun dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia Sungai Kantan Kajang diraikan pada majlis berkenaan.

6 Pemilik gerai Nasi Lemak Kukus Kak Bob, Normaizan Mohd Ariff, menjual nasi lemak kukus pelbagai lauk untuk hidangan berbuka puasa di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia