Berita Harian

1.187 tan syabu ‘mewah’ dirampas di pasar mini

Operasi kastam bersama JSJN Bukit Aman bawa penemuan 1,187 bungkusan berwarna emas

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 1.187 tan dadah jenis methamphet­hamine bernilai lebih RM71 juta di sebuah pasar raya mini di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lalu.

Dadah yang diseludup masuk dari Yangon, Myanmar menerusi Pelabuhan Klang, dimasukkan ke dalam satu kontena yang diikrarkan sebagai bahan makanan, bagi mengeliruk­an pihak berkuasa.

Kontena itu mempunyai 1,187 bungkusan berwarna emas yang setiap satu mengandung­i satu kilogram dadah.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m, berkata rampasan dadah itu adalah yang terbesar dalam sejarah jabatan berkenaan.

Katanya, dalam operasi jam 7 malam bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu, lima lelaki berusia antara 22 hingga 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Tiga daripada suspek adalah warga Myanmar.

“Soal siasat ke atas suspek membawa kepada penahanan seorang wanita tempatan yang juga pengarah syarikat pasar raya itu berusia 31 tahun di Cheras, Selangor, pada hari yang sama.

Suspek direman 10 hari

“Keenam-enam suspek direman 10 hari bermula Rabu lalu sehingga Jumaat ini. Kami menzahirka­n penghargaa­n atas kerjasama JSJN Bukit Aman dan ini adalah kejayaan terbesar,” katanya pada sidang media di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan Tengah di sini, semalam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 750 gram heroin bernilai RM120,000 dirampas.

Selain itu, JKDM turut merampas 1.24 juta batang pokok putih, satu tan tembakau, 1.5 tan tembakau kunyah dan 1.3 tan ubatubatan pelbagai jenis yang belum diluluskan kastam. Semua rampasan itu bernilai RM95,000 dan cukai mencecah RM1 juta.

Subromania­m berkata, siasatan masih dijalankan kerana sindiket itu dipercayai ada hubungan dengan sindiket pengedaran dadah di Myanmar.

“Modus operandi sindiket itu adalah mendaftark­an bungkusan dadah sebagai bahan makanan dan ia untuk pasaran dalam negara,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK / BH] ??
[FOTO ADZLAN SIDEK / BH]
 ??  ?? Subromania­m (empat dari kanan) melihat hasil rampasan methamphet­hamine 1.187 tan bernilai RM71 juta pada sidang media di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan Tengah, Nilai semalam.
Subromania­m (empat dari kanan) melihat hasil rampasan methamphet­hamine 1.187 tan bernilai RM71 juta pada sidang media di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan Tengah, Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia