Berita Harian

Ramadan erat hubungan UNIMAS, masyarakat ̌ Kota Samarahan

Agihan sumbangan jadi acara tahunan sejak penubuhan

- Oleh Norsyazwan­i Nasri cnews@bh.com.my

Pengagihan sumbangan kepada masyarakat yang tinggal berdekatan kampus pada Ramadan menjadi acara tahunan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak institusi pengajian tinggi awam itu ditubuhkan 26 tahun lalu.

Naib Canselorny­a, Profesor Datuk Dr Mohammad Kadim Suaidi berkata, program Ziarah Ramadan, ‘UNIMAS Gives Back’ dan penyampaia­n sumbangan untuk golongan asnaf itu dianjurkan khusus bagi mendekatka­n pihak universiti dengan masyarakat setempat.

“Antara yang terbabit dalam program berkenaan ialah Persatuan Pengurus, Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) KESAUMAS dan Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS).

“Diharap dengan pelbagai program serta sumbangan itu, masyarakat setempat akan terus merasai kewujudan UNIMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Yang dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bersama UNIMAS di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), di sini, Sabtu lalu.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Yang di-pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Lebih 600 warga UNIMAS dan penduduk sekitar Bahagian Samarahan menghadiri majlis berkenaan.

100 pelajar terima sumbangan

Pada majlis itu, 100 pelajar dari lima pusat Maahad Tahfiz sekitar Bahagian Samarahan menerima sumbangan.

Sumbangan turut diagihkan kepada 25 keluarga asnaf dari lima kampung iaitu Kampung Muara Tuang, Kampung Sindang, Kampung Melayu, Kampung Tanjung Tuang dan Kampung Niup.

Mohammad Kadim berkata, selain menahan lapar dan dahaga, berpuasa mengajar individu erti kesabaran, ketabahan dan mensyukuri nikmat yang diperolehi.

“Selari dengan matlamat ini, marilah kita sempurnaka­n tahap keimanan dan tingkatkan ketaqwaan kita dengan memperbany­akkan amalan sedekah, melakukan solat sunat tarawih dan bertadarus.

“Madrasah Ramadan mengajar kita erti bersyukur dengan segala nikmat kerana dengan rasa kesyukuran itu diharapkan dapat meningkatk­an lagi ketaqwaan kita,” katanya.

Selari dengan matlamat ini, marilah kita sempurnaka­n tahap keimanan dan tingkatkan ketaqwaan kita dengan memperbany­akkan amalan sedekah, melakukan solat sunat tarawih dan bertadarus” Profesor Datuk Dr Mohammad Kadim Suaidil, Naib Canselor UNIMAS

 ?? [ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH ] ?? Abdul Taib (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Penghulu Kampung Muara Tuang, Suut Man pada Majlis Berbuka Puasa bersama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Kota Samarahan
[ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH ] Abdul Taib (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Penghulu Kampung Muara Tuang, Suut Man pada Majlis Berbuka Puasa bersama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Kota Samarahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia