Berita Harian

WARGA ASING BOLOT PROJEK BINA, NAIK TARAF PREMIS

Permintaan tinggi sebabkan kontraktor tempatan gulung tikar

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Tiada lesen sebagai kontraktor, namun semakin ramai warga asing terutama dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar dilihat galak membolot kerja pembinaan dan naik taraf premis kediaman di negara ini.

Menawarkan kos lebih murah bagi mengumpan pelanggan, khidmat mereka mendapat permintaan tinggi daripada pemilik premis yang mahu menjimatka­n kos walaupun kerja pembinaan atau naik taraf dilaksanak­an warga asing terbabit tiada sebarang jaminan.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF MALAYSIA), Tukiman Radion, berkata perkembang­an itu turut menyempitk­an peluang untuk kontraktor tempatan yang berdaftar, mendapat kerja.

Lebih teruk, katanya, ada dalam kalangan pemaju atau kontraktor berdaftar sendiri turut mengagihka­n projek diterima mereka kepada warga asing semata-mata mahu mengambil untung ‘atas angin’, sekali gus menyebabka­n operasi kontraktor haram kian berkembang.

Beliau khuatir operasi kontraktor haram dari kalangan warga asing itu boleh menyebabka­n kontraktor tempatan ‘gulung tikar’ jika dibiarkan berterusan oleh pihak berkuasa bertanggun­gjawab.

“Operasi kontraktor haram warga asing kebanyakan­nya tertumpu kepada projek berskala kecil seperti ubah suai rumah, premis perniagaan atau bina kediaman baharu.

“Ada juga kontraktor haram warga asing memperoleh kontrak projek pembinaan besar sehingga cecah nilai RM2 juta, namun kerja dilakukan mereka tidak didaftarka­n dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), sekali gus mendedahka­n pelanggan kepada pelbagai risiko,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai perangkaan terperinci mengenai kontraktor haram warga asing di negara ini, sebaliknya maklumat dikumpul hasil pemantauan ahli PRKOBF sendiri serta pihak lain.

Tukiman mengakui perkembang­an itu sebagai membimbang­kan kerana ada kontraktor warga asing yang langsung tiada kepakaran, malah tidak terlatih untuk kerja mengurus tapak projek pembinaan.

Tak peduli aspek keselamata­n

“Mereka tiada lesen kontraktor, konsep bisnes pula ‘asal boleh’ dan mereka juga tidak peduli aspek keselamata­n serta kualiti kerja pembinaan. Ada kes mereka minta duit pendahulua­n untuk buat kerja, tetapi selepas seminggu terus lesap dan sukar dikesan oleh pelanggan.

“Jika sudah ditipu, memang susah untuk cari kontraktor haram warga asing ini kerana mereka tidak berdaftar dan syarikat pun tiada,” katanya.

Katanya, operasi kontraktor warga asing semakin aktif kerana kelemahan penguatkua­saan peraturan Kod B28 (Kerja Ubahsuai) yang ditetapkan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Mereka yang terbabit bukan sedikit, sebaliknya begitu meluas dan ramai sekali. Sebab itu, penguatkua­saan pematuhan kepada Kod B28 dalam semua projek pembinaan swasta dan persendiri­an perlu dikuatkuas­akan,” katanya.

Tukiman berkata, tidak kira sama ada kerja naik taraf premis atau ubah suai, selagi tiada penguatkua­saan terhadap kod itu, kontraktor haram tidak akan takut sebaliknya bebas menawarkan khidmat.

“Kita harap kerajaan ambil serius isu ini. Sudahlah projek dan tender kerajaan untuk kontraktor kelas F bukan senang nak dapat, sekarang kontraktor tempatan dibebani pula masalah projek dibolot warga asing.

“Ini bukan keluhan membuat tuli, tetap realiti dihadapi kontraktor tempatan sekarang,” katanya.

Ada juga kontraktor haram warga asing memperoleh kontrak projek pembinaan besar sehingga cecah nilai RM2 juta, namun kerja dilakukan mereka tidak didaftarka­n dengan PBT, sekali gus mendedahka­n pelanggan kepada pelbagai risiko” Tukiman Radion,

Presiden PERKOBF MALAYSIA

 ??  ??
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ada kalangan pemaju atau kontraktor berdaftar sendiri mengagihka­n projek diterima mereka kepada warga asing semata-mata mahu mengambil untung ‘atas angin’.
[FOTO HIASAN] Ada kalangan pemaju atau kontraktor berdaftar sendiri mengagihka­n projek diterima mereka kepada warga asing semata-mata mahu mengambil untung ‘atas angin’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia