Berita Harian

Ibu, tiga anak korban tragedi 18 Ramadan

Kenderaan dinaiki mangsa terbabas, langgar besi penghadang

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Azian Abdullah, 50, (kiri) bersama tiga anaknya, Mohamad Danish Najmi Mazlan, 10; Fatin Nur Adriana Mazlan,

15, dan Fatin Najwa Mazlan, 27, maut dalam nahas di Kilometer 161

Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berdekatan Hentian R&R Maran, Pahang, semalam. Gambar kanan menunjukka­n keadaan kereta dinaiki keluarga berkenaan yang remuk teruk selepas terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

Perjalanan pulang enam sekeluarga selepas membeli barangan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri di ibu negara, berakhir tragedi apabila empat daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 161.30 Lebuhraya Pantai Timur, berhampira­n Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Maran di sini, semalam.

Dalam nahas jam 8.30 pagi itu, Perodua Myvi yang dinaiki mangsa terbabas dan terlanggar besi penghadang lebuh raya hingga menembusi kenderaan itu.

Mangsa yang terbunuh ialah Azian Abdullah, 50, dan tiga anaknya; Mohamad Danish Najmi Mazlan, 10; Fatin Nur Adriana, 15, dan Fatin Najwa, 27.

Dua lagi anak Azian, Fatin Nur Athirah, 19, dan Mohd Shahrul Ikhram, 20, yang memandu kereta itu, parah dan sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

Anggota bomba mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Suami Azian, Mazlan Mohd Rashid, 54, ketika ditemui di pekarangan Hospital Jengka di sini, begitu sedih dengan kehilangan isteri dan tiga anak sekali gus dalam kemalangan ngeri itu.

Dia yang mengusahak­an kedai runcit di Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru, Kemaman, berkata isteri dan anaknya itu bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu dan memaklumka­n ingin membeli barangan keperluan untuk persiapan 1 Syawal.

“Saya kebiasaann­ya tidak ikut (pergi beli-belah) dan beri keizinan kepada isteri dan anak. Saya di sini (rumah) menjalanka­n perniagaan runcit dan tunggu kepulangan mereka membawa pakaian yang dibeli.

Rehat di R&R Temerloh

“Kali terakhir isteri telefon jam 11 malam tadi (kelmarin) memaklumka­n akan bertolak balik... saya difahamkan mereka singgah di R&R Temerloh untuk berehat sebelum dimaklumka­n pagi ini (semalam) mereka terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Jengka di sini.

Dalam nada sebak Mazlan berkata, dia reda dengan pemergian isteri serta anaknya dan mengharapk­an mereka ditempatka­n dalam kalangan orang beriman.

“Anak sulung saya (Fatin Najwa) baru tamat pengajian di universiti swasta dalam bidang kejurutera­an dan dia dalam perancanga­n untuk memulakan kerja... namun apakan daya Allah SWT lebih menyayangi­nya dan menjemput mereka di bulan baik ini.

“Anak bongsu saya (Mohamad Danish Najmi)... sebelum ke Kuala Lumpur berpesan supaya jaga kucing dan memberi makan... kenangan ini yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Besi tembusi kereta

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Superinten­dan Norzamri Abd Rahman, berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu Mohd Shahrul Ikhram dari arah Kuala Lumpur menuju Kemaman terbabas ke kiri sebelum melanggar bahagian hujung besi penghadang jalan hingga menembusi kereta itu.

“Semua mangsa tersepit di dalam kereta dan dikeluarka­n anggota bomba kira-kira jam 10 pagi. Siasatan awal mendapati ketika kejadian cuaca baik dan jalan lurus tetapi menuruni bukit,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul, pula berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 pagi dan sebaik tiba di lokasi, semua mangsa tersepit dalam kenderaan akibat rempuhan kuat ke penghadang jalan.

“Empat daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi parah. Bomba terpaksa mengambil sejam sebelum berjaya mengeluark­an semua mangsa,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA PAHANG ] ??
[ FOTO IHSAN BOMBA PAHANG ]
 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN BOMBA PAHANG] ?? Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan dalam kereta di Kilometer 161.30 Lebuhraya Pantai Timur berhampira­n R&R Maran, semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA PAHANG] Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan dalam kereta di Kilometer 161.30 Lebuhraya Pantai Timur berhampira­n R&R Maran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia