Berita Harian

Tak sambung kontrak pegawai kempen untuk BN

-

Seremban: Kerajaan Negeri akan mengenal pasti pegawai kerajaan terbabit dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sebelum mengambil tindakan.

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata pihaknya sedang mengkaji langkah seterusnya termasuk kemungkina­n tidak menyambung kontrak golongan itu.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kenyataan yang agak keras mengenai golongan ini dan kita di Negeri Sembilan turut mengkaji isu ini secara keseluruha­n.

“Kita akan memerhatik­an pegawai terbabit. Kita lihat dulu keputusan Perdana Menteri (terhadap golongan terbabit di peringkat Kerajaan Persekutua­n) dan kita akan mengambil tindakan yang selaras,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir kelmarin bahawa kerajaan sangsi terhadap kesetiaan pegawai yang terbabit dalam PRU-14 dan berkempen untuk BN kerana keadaan itu mengganggu pentadbira­n kerajaan.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau akan memanggil pegawai kanan kerajaan negeri yang isteri mereka menghadiri majlis anjuran Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan BN (PEKERTI BN) di sini, semalam.

Mohon injuksi isu PEKERTI BN

Katanya, pegawai terbabit akan diminta memberi penjelasan mengenai kehadiran isteri mereka ke majlis berkenaan, berikutan tindakan itu dianggap tidak sensitif dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai isu kesetiaan, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon yang mengadakan sidang media bersama isteri Aminuddin, Wan Hasni Wan Yusof, di lokasi sama, berkata mereka akan memohon injunksi mahkamah berkaitan isu PEKERTI BN.

Katanya, pihaknya mendapati jawatankua­sa lama menukar nama PEKERTI kepada PEKERTI BN April lalu, namun tidak membuat perubahan terhadap perlembaga­an persatuan, antaranya mengenai jawatan Yang Dipertua yang perlu disandang oleh isteri Menteri Besar.

“Kita akan memohon injunksi dalam masa terdekat untuk mendapatka­n semua dokumen dan rekod berkaitan persatuan ini termasuk penyata akaun dan minit mesyuarat,” katanya.

 ??  ?? Aminuddin Harun
Aminuddin Harun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia