Berita Harian

ELAK FITNAH

Ieda Moin jauhi perangkap cinta suami orang

- Oleh Hanisah Selamat

Empat tahun menggalas status ibu tunggal, Ieda Moin akui, pernah didekati suami orang dan lelaki lebih muda yang serius memancing hatinya. Namun, pelakon dan penyanyi itu tidak akan sesekali membuka ruang untuk menjalin hubungan yang belum pasti, apatah lagi menyakiti hati serta perasaan wanita lain.

“Memang ada yang mencuba nasib untuk memenangi hati. Mungkin mereka tengok saya senang didekati, peramah dan berfikiran terbuka, membuatkan ramai lelaki menyangka saya mudah cair. Malangnya, keba- nyakan lelaki yang cuba melamar hati sama ada jauh lebih muda ataupun suami orang.

“Sudah tentu saya takut. Untuk apa menyusahka­n diri jika sudah tahu, ia mengundang lebih banyak keburukan. Saya tidak sanggup rosakkan perasaan wanita lain. Lebih baik hidup solo tanpa perlu memikirkan perkara remeh,” katanya.

Tak lagi sendiri

Ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 26 episod, Air Mata Di Bumi Matador, pemilik nama lengkap, Siti Haida Abd Moin, 39, itu tidak bersendiri­an apabila ditemani jejaka yang diperkenal­kannya sebagai Amril Gulkhan, 36.

Mengakui selesa hidup sendiri, Ieda tidak menafikan, Amril mempunyai ciri-ciri lelaki yang dicarinya. Namun, Ieda berkata, masih terlalu awal untuk dia bercerita mengenai perancanga­n berumah tangga.

“Memang saya rapat dengannya, malah hubungan kami juga serius. Cuma, dalam soal jodoh saya serahkan kepada Allah. Bagi saya, kisah peribadi tidak perlu dihebohkan, bimbang nanti orang mual,” ulasnya ringkas.

Ieda pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurus produksi, Mohamad Naquib, 39, pada 4 November 2006, namun berpisah pada Disember 2014. Perkahwina­n mereka dikurniaka­n seorang cahaya mata perempuan, Nur Dhia Dania yang kini berusia 10 tahun.

Tak putus terima tawaran

Rancak berkongsi aktiviti sepanjang Ramadan, Ieda berkata, rutin hariannya sentiasa padat apabila tidak putus menerima tawaran drama dan menjadi pengacara majlis.

“Ikutkan tahun ini saya mahu memperlaha­nkan sedikit rentak, tetapi nampaknya jadual saya tetap padat. Kalau tiada penggambar­an, saya akan mengendali­kan majlis di bazar Ramadan selain turut berniaga di Shah Alam menjual produk detox, kerepek dan kanta lekap,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH MOHD IZAM / BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH MOHD IZAM / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia