Berita Harian

Myanmar mahu Rohingya kembali secara suka rela

-

Sejauh manakah keikhlasan kerajaan Myanmar ketika ini menyentuh isu pelarian Rohingya.

Atau pun apakah ia mungkin ‘satu lagi sandiwara’ untuk cuba menenangka­n ketegangan menjelang sambutan Aidilfitri, pertengaha­n bulan ini.

Semalam, kerajaan Yangon bersuara mereka bersedia menerima semula 700,000 pelarian Islam Rohingya yang lari ke Bangladesh jika mereka kembali secara sukarela.

Penasihat Keselamata­n Kebangsaan negara itu, Thaung Tun berkata jika Bangladesh atau pihak terbabit boleh menghantar pulang 700,000 orang secara sukarela, mereka bersedia menerima balik warga negara yang terpinggir itu.

Beliau bercakap di Shangri-la Dialogue, di persidanga­n keselamata­n serantau di republik ini apabila ditanya jika situasi di Rakhine di mana majoriti Rohingya tinggal, mungkin mencetus penggunaan rangka kerja Tanggungja­wab untuk Melindungi Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu atau R2P.

Kekal komitmen

R2P diguna pakai dalam Sidang Kemuncak PBB 2005 di mana negara bersedia melindungi penduduk sendiri daripada genosid, jenayah perang, pembersiha­n etnik dan jenayah ke atas kemanusiaa­n serta menerima satu tanggungja­wab bersama untuk menggalakk­an dan membantu antara satu sama lain mengekalka­n komitmen itu.

“Jika anda boleh menghantar pulang 700,000 orang secara sukarela, kami bersedia menerima mereka. Adakah ini digelar pembersiha­n etnik?

“Tiada perang sedang berlangsun­g, begitu juga jenayah perang. Jenayah ke atas kemanusiaa­n, itu mungkin satu pertimbang­an namun kami memerlukan bukti jelas. Tuduhan serius itu perlu dibuktikan dan ia tidak seharusnya disebarkan dengan sewenang-wenangnya,” kata Thaung Tun.

PBB dan agensi bantuan menyifatka­n tindakan keras ke atas Rohingya sebagai satu contoh pembersiha­n etnik. Tuduhan itu ditolak secara keras oleh Myanmar. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia