Berita Harian

21 NGO bantu selesai isu individu tanpa kerakyatan

-

Kota Kinabalu: Sebanyak 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini bekerjasam­a membantu kerajaan negeri menyelesai­kan masalah individu tanpa kerakyatan di Sabah.

Pengerusi Jawatankua­sa penajanya, Datuk Nani Sakam, berkata semua NGO berkenaan bersetuju untuk bersatu dan bekerjasam­a bagi menjadi pengantara di antara penduduk tanpa dokumen dan agensi negeri yang berkaitan.

“Isu individu tiada kerakyatan adalah masalah yang besar ketika ini kerana masih ramai orang tempatan yang tidak mempunyai dokumen. Mereka ini kebanyakan­nya berada di luar bandar.

Bengkel dua hari

“Peranan kami adalah sebagai pencadang kepada kerajaan negeri kerana kebanyakan NGO ini membabitka­n individu yang sangat faham dengan apa yang berlaku di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bengkel dua hari mengenai usaha menangani isu dokumentas­i kerakyatan di negeri ini, di sini.

Bengkel itu dianjurkan Pembanguna­n Sumber Manusia untuk Kawasan Luar Bandar (DHRRA), yang berakhir semalam.

Lima cadangan

Nani berkata, mereka sudah memperoleh sekurang-kurangnya lima cadangan untuk dibawa kepada perhatian kerajaan negeri.

“Bagaimanap­un, ini hanya peringkat awal dan kami belum memuktamad­kan cadangan itu. Kami akan bermesyuar­at lagi bagi membincang­kan perkara itu dengan lebih lanjut.

“Malah, kami juga sudah menubuhkan Majlis Pembanguna­n Sumber Manusia Anak Negeri Sabah untuk melihat isu tanpa kerakyatan secara terperinci,” katanya.

Nani menegaskan jawatankua­sa itu bertujuan untuk membantu individu tidak berdokumen yang tinggal di Sabah tanpa mengira kaum, termasuk orang Bajau Laut atau Pala’u.

Kami sudah menubuhkan Majlis Pembanguna­n Sumber Manusia Anak Negeri Sabah melihat isu tanpa kerakyatan secara terperinci” Nani Sakam, Pengerusi Jawatankua­sa penaja isu individu tanpa kerakyatan

 ?? [ FOTO AVILA GERALDINE / BH ] ?? Nani (tengah) bersama wakil 21 NGO pada bengkel menangani dokumentas­i kerakyatan di Sabah, di Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO AVILA GERALDINE / BH ] Nani (tengah) bersama wakil 21 NGO pada bengkel menangani dokumentas­i kerakyatan di Sabah, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia