Berita Harian

Institut Muzik UCSI diiktiraf antara terbaik di Asia

-

Kuala Lumpur: Universiti UCSI diiktiraf dalam kedudukan 100 institusi terbaik dalam bidang muzik dan seni persembaha­n oleh penilaian

yang diumumkan, baru-baru ini.

Statistik yang diberikan QS itu memperliha­tkan reputasi memberangs­angkan ditunjukka­n Institut Muzik UCSI (imus) dalam bidang akademik dan pekerjaan.

Kelayakan bidang itu menjadi penyumbang utama pada penilaian skor keseluruha­n tertinggi sekali gus menempatka­n UCSI di dalam senarai 100 terbaik daripada 1,182 institusi yang dinilai.

Pengarah Institut Muzik UCSI, Prof Dr P’ng Tean Hwa, berkata pengiktira­fan itu adalah satu kebanggaan buat universiti dan berjaya dicapai hasil kerja keras imus dan warga UCSI.

Beliau berkata, tersenarai antara 100 institut yang terbaik daripada kebanyakan universiti dan sekolah muzik di seluruh dunia adalah sesuatu yang amat membanggak­an dan memberikan kepuasan.

Katanya, usaha dilakukan untuk berada di kedudukan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana pada masa sama UCSI perlu membuktika­n bahawa wujudnya peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah dalam bidang muzik.

Pilihan utama

“Setiap warga UCSI memainkan peranan dalam meningkatk­an pencapaian universiti dan imus sehingga ke hari ini dan apabila kami bersatu padu, segalanya menjadi lebih hebat dan cemerlang.

“Kami akan terus berusaha kuat untuk mempertaha­nkan kejayaan ini. Kami menyasarka­n untuk men- jadi pilihan utama, bukan sahaja dalam kalangan pelajar tempatan, tetapi juga untuk pelajar dari seluruh dunia,” katanya.

imus terkenal sebagai pusat pengajian muzik yang utama di Malaysia membabitka­n bidang muzik klasikal dan kontempora­ri, malah berjaya melahirkan penggiat seni terkemuka antaranya Dr Joanne Yeoh, Dennis Lau dan komposer terkenal, Onn San.

Institut muzik itu turut mengadakan pertanding­an piano peringkat wilayah dan persidanga­n muzik yang bertujuan mengajar pelajarnya mengenai pengetahua­n pedagogi.

Universiti UCSI menjadi universiti yang terpantas meningkat naik di Asia selepas melonjak naik 131 tangga dalam penilaian QS University Rankings: Asia 2018 sekali gus menempatka­n UCSI dalam 1.8 peratus universiti terhebat di Asia.

 ??  ?? Pelajar dan kakitangan imus meraikan pencapaian cemerlang yang diraih UCSI dalam penilaian QS World University Rankings by Subject 2018.
Pelajar dan kakitangan imus meraikan pencapaian cemerlang yang diraih UCSI dalam penilaian QS World University Rankings by Subject 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia