Berita Harian

SURI RUMAH ALAMI GANGGUAN MISTERI KELAR ANAK

Suspek alami kemurungan awal Mei lalu

- Oleh Shahrul Nizam Mohamad

Ibu yang mengelar anak kandungnya berusia 19 bulan di FELDA Jengka 13, dekat sini, kelmarin, dikatakan tidak sedar dengan tindakanny­a itu.

Bapa kepada anak malang itu, Muhammad Rizal Jusoh, 41, berkata isterinya itu juga sangat melindungi ketiga-tiga anak mereka berusia antara dua tahun dan tujuh tahun, termasuk anak bongsu pasangan itu yang maut dalam kejadian berkenaan.

“Biasanya, kalau saya marah anak, dia pasti akan memarahi saya dan sentiasa mempertaha­nkan anak kami.

“Saya sendiri pun tidak sangka dia akan bertindak sedemikian.

“Dari semalam dia bertanyaka­n saya, siapa bunuh anak kita, memang dia tidak sedar apa yang sudah dia lakukan dan saya pun tidak pasti apa punca sebenar,” katanya ketika ditemui, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Nur Rashdan, maut selepas dikelar ibu kandungnya dalam kejadian di FELDA Jengka 13, dekat Maran.

Gangguan makhluk halus

Muhammad Rizal berkata, isterinya ada mengalami masalah kemurungan sejak awal Mei lalu dan pernah dibawa untuk mendapatka­n rawatan Islam kerana dikhuatiri akibat gangguan makhluk halus.

Menceritak­an kembali detik terakhir sebelum kejadian itu, beliau berkata, isterinya sedang mengaji al-quran di dalam bilik, manakala beliau menjaga anak yang sedang tidur sambil menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di ruang tamu.

“Selepas isteri selesai membaca al-quran, dia datang ke ruang tamu dan memberitah­u ingin membawa anak ke bilik tidur.

“Tidak lama kemudian, saya terdengar suara anak menangis lemah. Saya terus meluru ke bilik dan terkejut apabila melihat isteri sedang memegang pisau dan mengelar leher Muhammad Nur Rashdan.

“Saya terus menolak isteri dan mengambil anak untuk dibawa ke Hospital Jengka bagi pemeriksaa­n tetapi pegawai perubatan di situ mengesahka­n dia (anak) sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata suspek dipercayai mengalami halusinasi sebelum mengelar bahagian leher anak lelakinya itu.

Tiada rekod gangguan mental

“Berdasarka­n siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod gangguan mental. Kami dimaklumka­n mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 malam tadi (kelmarin) oleh kakitangan Hospital Jengka yang menghubung­i Balai Polis Bandar Pusat Jengka.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan pegawai dan anggota kami, dibantu Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu rumah keluarga terbabit bagi tujuan pemeriksaa­n dan siasatan awal,” katanya.

Seorang jiran Muhammad Rizal, Mohd Halimi Abd Hamid, 42, berkata masih terngiang-ngiang suara arwah di telinganya menyebut nama abah.

 ??  ??
 ?? [FOTO NAZIRUL ROSELAN/BH] ?? Muhammad Rizal memangku jenazah anaknya keluar dari bilik forensik Hospital Jengka, semalam.
[FOTO NAZIRUL ROSELAN/BH] Muhammad Rizal memangku jenazah anaknya keluar dari bilik forensik Hospital Jengka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia