Berita Harian

Cube TV sasar tiga juta pengguna

-

Syarikat internet pesat membangun dari Singapura, BIGO Technology Ltd (BIGO) menyasar jumlah pelanggan Cube TV di negara ini mencecah tiga juta menjelang tahun 2021.

Cube TV adalah perkhidmat­an baharu penstriman langsung permainan mudah alih, arena permainan elektronik (epermainan) dan pusat belibelah yang ditawarkan BIGO.

Ia juga adalah satu daripada aplikasi yang dilancarka­n BIGO di negara ini dalam usaha untuk menyediaka­n video premier serta produk dan perkhidmat­an berkait VOIP di seluruh dunia.

Pengurus Serantau BIGO, James Chen, berkata Cube TV kini mempunyai lebih 200 juta pengguna berdaftar di lebih 100 negara, termasuk Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

“Pelancaran Cube TV di negara ini adalah satu pencapaian yang signifikan bagi BIGO. Menerusiny­a, kami harap dapat memberikan sumbangan kepada arena epermainan dan menggalakk­an peluang bagi pemain di Asia.

“Idea di sebaliknya adalah untuk mewujudkan persekitar­an permainan yang bertenaga yang mana kami menyediaka­n peluang bagi pengguna kami untuk berinterak­si dan beradu kehandalan di arena permainan digital ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Cube TV di Kuala Lumpur.

Miliki tiga aplikasi

Selain Cube TV, BIGO turut mempunyai tiga aplikasi lain iaitu BIGO LIVE (komuniti penstriman langsung mudah alih), LIKE (komuniti pembuat video magik) dan Hello Yo (bilik sembang suara).

Yang hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Pemasa ran Global BIGO, Cheng Chen.

Mengulas lanjut, Chen berkata Malaysia sememangny­a menjadi satu daripada pasaran utama di Asia Tenggara bagi pihaknya.

“Menerusi dana bernilai AS$272 juta yang kami perolehi barubaru ini menerusi YY Inc sebagai pelabur utama, BIGO akan terus melaburkan sumbernya dan memastikan platform ini kekal sihat dan selamat kepada pengguna kami,” katanya.

Cube TV membolehka­n pengguna menonto strim langsung dan video dalam Bluray.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Chen (tengah) pada majlis pelancaran Cube TV di Kuala Lumpur.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Chen (tengah) pada majlis pelancaran Cube TV di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia