Berita Harian

Keluarga jadi keutamaan

-

“Pastinya kena keluarkan kos dan tenaga. Saya dapat tahu pun berdasarka­n cerita yang disampaika­n artis senior seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Hattan dan Ella.

“Mereka pernah melalui zaman itu apabila menerima bergunigun­i kad hari raya yang dihantar ke pejabat pengurusan atau syarikat rakaman. Mesti seronok bukan?” ujar pemilik nama lengkap Syameel Aqmal Mohd Fodzly ini.

Walaupun media sosial boleh dianggap memudahkan pengguna selain pantas, namun, akui Syamel, keterujaan itu tidak sama dengan memegang kad ucapan yang lebih bersifat peribadi.

“Kalau hantar menerusi aplikasi Whatsapp, kita boleh hantar melalui broadcast message dan semua orang dapat mesej serupa.

“Memanglah nampak mudah dan ringkas, tetapi sentuhan peribadi itu tak dapat dirasakan. Ini berbeza jika kita menghantar kad ucapan hari raya kepada seseorang,” jelasnya.

Keluarga jadi keutamaan

Mengenai destinasi sambutan hari raya, menurut Syamel, sebagai anak jati Kuala Lumpur (KL), beraya di ibu kota sudah menjadi sesuatu yang wajib buatnya.

“Sepanjang suku abad saya hidup, saya sudah sebati dengan sambutan hari raya di bandaraya. Paling meriah, sudah pasti malam raya iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan TAR.

“Jika ditanya apa yang seronok beraya di KL jawapannya adalah jalan raya tak sesak. Kebetulan, datuk dan nenek saya menetap di KL, jadi tak ada masalah hendak balik kampung,” ujarnya.

Sebagai anak sulung dan sudah mempunyai pendapatan sendiri, kata Syamel, sudah menjadi tanggungja­wabnya untuk menyediaka­n kelengkapa­n hari raya untuk keluarga.

“Untuk ayah, saya sudah awalawal siapkan apa yang patut. Kemudian barulah saya tumpukan kepada emak dan dua adik perempuan saya.

“Untuk saya sendiri, nampaknya memadai dengan memakai persalinan tahun lalu saja. Ini kerana saya banyak banyak membeli pakaian,” katanya.

Sempena Aidilfitri, pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke32 ini terbabit dalam pembikinan album Nada Seni - Gema Lebaran Legenda.

Album terbitan komposer Ajai, S Atan dan Hadi Hassan itu menyaksika­n Syamel menyampaik­an lagu Lambaian Aidilfitri bersama Hazama dan Seloka Hari Raya secara duet bersama Ramlah

Ram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia